Baca profil penuh saya. Klik di sini.

Ada seorang kenalan dari Johor Bahru minta saya carikan resepi untuk makanan ternakan. Katanya harga dedak sudah naik 2x ganda, harga batang jagung pun dah naik. Dia berhasrat untuk kurangkan kos operasi, katanya harga ternakan mahal sebab makanannya. Saya telah merujuk kepada paklias, guru pertanian organik saya dan dia memberikan resepi ini.

Resepi bokashi feed atau makanan organik ternakan ini ialah:

BAHAN-BAHAN:

3 sudu jintan putih (ditumbuk halus)

½ cawan kari daging Allagappa’s

gurau je..

1 tong dram jagung

6 kg gula merah

3 kg garam

1 kg serbuk underground rock

CARA-CARA:

  1. jagung tadi dipotong2 (chop chop chop)
  2. campur bahan2 lain di atas, TIDAK PERLU masukkan air
  3. simpan dalam tong tersebut, peram 14 hari utk penapaian yg lengkap.
  4. kalau keringkan, jadilah ia makanan kering

Selepas pemeraman matang (14hari), makanan ini sudah boleh diberikan pd ternakan samada diberikan sahaja/campur makanan lain@napier/ ambil jusnya dan masukkan dlm minuman.

Ini jugalah resepinya kalau nak buat baja Em sendiri. Sama juga. ini blh buat ramuan asas rahsia baja organik sakti anda.

Larutan pekat IMO ni blh simpan sampai 2thn, jagung tu akan menjeruk dan jadi lebih rangup.