Penghasilan pengawal serangga perosak tidak semestinya memakai EM / IMO. Ia optional. Bahan penghalau serangga yang paling berkesan adalah daun neem atau semambu, berbanding sirih, serai atau bawang putih yang kuat baunya. Bau-bauan yang kuat ini tidak digemari oleh serangga.

BAHAN-BAHAN:

Daun Neem / mambu (4 bahagian)

Daun serai wangi (1 bahagian)

Bunga selasih (1 bahagian)

PENYEDIAAN:

Kisar halus bahan-bahan dengan alat pengisar / blender

Tambah air sebanyak sekali ganda dari jumlah kisaran ini

Peram bahan selama seminggu

Tapis hampas yang terhasil

Larutan yang terhasil boleh terus disembur pada tanaman selepas melarutkannya dalam air. (Ihsan Encik Wildan Firdaus, Pegawai Pertanian Lenggong)

Tapis dengan sempurna hampas campuran ini kerana keladak-keladaknya boleh menyumbatkan nozzle penyiram. Seperti racun serangga sintetik, serangga perosak cepat kebal dengan satu jenis resepi racun serangga organik sahaja. Maka pengamal organik perlu menggunakan bahan yang berbeza secara berselang-seli, contohnya dengan menggunakan bawang putih, sirih, halia atau serai wangi. Saya akan membincangkan racun kulat pada masa akan datang.