Saya mula2 blogging dahulu dalam 10-30 orang pelawat blog saja yang datang sehari. Bilalah orang nak baca blog aku ni. Puaslah fikir bagaimana caranya hendak meningkatkan bilangan pelawat. Sebenarnya banyak pembaca industri asas tani ni, blog kambing, serai, keli, EM memang popular. Ada blog tani yang mempunyai pelawat lebih 2 juta setakat ini.
Malah blogger Malaysia amat bertuah kerana walaupun menjual barang di blog percuma, rakyat Malaysia tidak pandang rendah malah menghargai info yang diberikan.
Bagi kebanyakan blog asas tani baru pastilah berserabut memikirkan cara nak meramaikan pembaca. Kasihan tengok blog yang rajin di update, cantik tapi agak kesunyian. Tanpa sistem networking, berbulan-bulan juga sebelum orang discover blog kita.
Ada satu cara yang baik, iaitu dengan menggunakan ‘twitter’. Twitter ni macam ‘loud speaker’, papan kenyataan atau tempat pengumuman. Rakan-rakan dalam senarai kita akan dimaklumkan apabila kita update twitter ni. Jual benih keli ke, anak pokok gaharu ke, cacing ke, orkid baru ke. Mana-mana topik yang berkenan di hati pembaca maka mereka akan berkunjung ke blog kita untuk dapatkan manfaat. Biasanya bila kita add mereka, mereka akan add kita balik.
Antara program twitter yang pantas buat rangkaian ialah tweetgetter.com. Dia mirip cara buat networking sistem MLM. Percuma saja. Jemputlah rakan-rakan dalam senarai link di blog anda tu untuk menyertainya. Lebih cepat pelawat jumpa anda kerana maklumat cepat sampai.
Kalau rajin tulis dalam bahasa inggeris, join Agriculture Twibe di twitter juga, mat saleh ramai kat sini.


