Saya telah meminta Cik Khazwadi, commenter di blog ini yang sudah 10 tahun mengusahakan kambing untuk memberikan satu resepi makanan ternakan yang kita boleh buat sendiri. Tujuan saya siarkan di post ini supaya dapat dikongsi bersama, terutamanya yang sedang mencari-cari.
Berikut adalah jawapan Cik Khazwadi:
Silaj didalam Tong Kedap udara.
Bahan-bahan:
1) Rumput napier yang telah di potong saic 2 inci @ kurang. Kelembapan kurang 70%.
2) Urea N46 1kg yang di bancuh dengan molasses 1/2 kg.
Semua Bahan ini hendak lah digaul hinga rata.
Hendak lah di tutup rapat supaya tiada udara luar boleh masuk.
Tetapi sekarang ini di cadangkan guna Em1bahagian :10 bgn molasses : 20bgn air.
Ini cadangan sahaja pengunaan Em,molases yg dibancuh dng air.
(bancuhan ini mengikut pengalaman org yg membuat silaj)
Bila guna bahan ini biasanya tidak dapat menampung keperluan nutrien ternakan. kita perlukan sesuatu untuk mencukupkan nutrien.
———————————————————
paklias ada memberi satu resepi mudah kepada saya:
1 tong jagung campur gula merah sama banyak. kemudian bubuh sekepal zeolite serbuk dan sekepal garam bukit. biarkan seminggu dan airnya boleh bagi ternakan minum, larutkan 1:1000 atau spray pada napier/makanan. lepas sebulan, jagung akan jadi rangup, boleh bagi makan ternakan.dalam satu kursus, salah seorg penceramah mengatakan masukkan sedikit atau sekepal tahi ternakan tersebut, itu antara rahsianya.
garam bukit ni menyamai keperluan garam dalam tubuh manusia & ternakan. nutrien ni byk main mineral, vitamin, enzim dan hormon. blh tambah yakult, madu atau halia.


