Haa selesai sudah, ya rabi nasib baik selesai. Semua hutang lapuk di blog ini sudah terjawab. Saya disable dulu semua post kecuali post mengenai kursus sebab tak mampu nak jawab. Kemudian release sikit-sikit sambil update dan jawab soalan. Malu gak la soalan pun dah lapuk, jawapan semua baru-baru lagi. Terima kasih kerana memberi sokongan.
Bila disable post2 penting pelawat blog pun merudum. Komen pun takde, aiseh down sekejap.
Saya buat sedikit inovasi di resepi baja kompos/bokashi tu sebab pelawat blog kata tak masak2. saya juga telah guna resepi tersebut beberapa kali dan main renovate sendiri. mungkin EM yang saya beli tu tak power, jadi lambat masak. sangkaan saya meleset bila beberapa pelawat blog call mengapa tak masak.
Satu tips ‘troubleshoot’ jika kompos anda tak naik suhu dalam 2-3 hari ialah bancuh air gula merah dalam secawan untuk sebaldi air dan siram pada kompos tu. jangan sampai basah, sampai lembap je. Ataupun siram EMAS menggantikan gula merah. Sebab kalau tak masak tu maknanya takcukup EM. nak banyakkan EM kita taruk gula merah.
Jangan lupa balik-balikkan setiap 2 hari, jangan lebih kerap pula nanti haba terbebas. macam kukus ayam juga, jgn asyik dibuka2 tudung periuk tu.
Kalau ada permintaan, pertanyaan dan sebagainya bolehlah tinggalkan komen, kalau saya mampu jawab saya jawab. harap tidak berkecil hati jika belum dilayan. insya allah saya improve part itu.
————————————————————————————
p.s.:
mengapa masih ada pembaca blog yang mencari blog ini dengan menaip ‘impaxmelor’, bokasi farmer’ atau ‘impax bokashi’? setiap hari mesti ada. itu maknanya anda dah kenal blog ni dah lama. anda boleh langgan saja RSS blog ini, tak letih asyik datang ke sini tapi belum update. Langgan je.. glamour la sikit.
Dikirim oleh MELOR 
Dikirim oleh MELOR 



