Tag Archives: kapur GML

KAPUR PERTANIAN / GML

dolomite blog

Satu lagi alternative yang lebih murah untuk menggantikan zeolite ialah kapur pertanian. Kapur pertanian sebenarnya merupakan aset penting seorang usahawan tani, namun tidak ramai yang menyedari betapa luas penggunaan kapur dalam bidang agrikultur.

NAMA DAGANGAN LAIN

Nama lain bagi kapur pertanian ialah Ground Magnesium Lime (GML) dan jenis kapur GML terbail ialah dolomite. Dolomite merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur magnesium (dalam bentuk MgO) yakni kehadirannya melebihi 18%. Dolomite juga kaya dengan unsur Kalsium (Ca).

datasheet dolomite

FUNGSI DOLOMITE

Fungsi dolomite dalam industri amat banyak. Dolomite digunakan dalam pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan dalam pembuatannya. Dolomite dalam pembinaan ditabur untuk mengelakkan anai-anai. Fungsinya lebih meluas lagi dalam bidang agrikultur.

Zaman-berzaman kapur digunakan sebagai soil conditioner atau perawat tanah untuk memperbaiki pH tanah yang berasid kembali optimum. Kandungan Mg, Ca, dan silikanya memperbaiki struktur tanah serta mengimbangi pH atau darjah kemasaman tanah. Ia merupakan ubat terbaik dan paling ekonomi untuk merawat tanah berasid yang sudah mula mengeras, berketul-ketul dan tidak subur lagi.

Di syorkan untuk 1 ekar tanah, anda memerlukan hampir 7 beg kapur untuk tujuan perawatan tanah. 7 x 50kg = 350kg/ekar hingga ke 1 tan, bergantung pada kemasaman tanah. Jika tanah tersebut setelah diperiksa didiagnosiskan sebagai tanah berasid, maka penaburan kapur amat sesuai. Ia juga lebih murah daripada zeolite. Tetapi jika tanah tersebut didapati mengandungi kealkalian yang tinggi, apa yang diperlukan bukanlah kapur, tetapi sulfur untuk mengimbangi pHnya.

Kapur boleh ditambah dalam baja kompos yang anda buat. Ia meningkatkan kandungan mineral baja dan memperbaiki atau menggembur struktur tanah. Penaburan kapur kedalam vermikompos sisa dapur dilaporkan dapat menurunkan keasidan worm bedding. Selain kapur, sumber kalsium asli yang digunakan untuk worm bedding ialah kulit telur atau cengkerang siput yang ditumbuk halus. Konsepnya sama saja, kalsium untuk meneutralkan asid.

Kapur boleh dicampurkan dalam pembuatan IMO. Fungsinya sama seperti menambah zeolite kedalam IMO. Anda boleh membaca dengan lanjut mengenai fungsi zeolite dengan klik istilah ‘zeolite’ di ruangan LABEL sebelah kanan blog ini.

Kapur boleh ditambah dalam bacterial mineral water (BMW) untuk meningkatkan kandungan mineral dan menyuburkan pokok. Banyak faedahnya, bergantung kepada faedah unsur magnesium. Magnesium berperanan dalam penyerapan P dan K, membentuk klorofil pada daun dan membantu pengangkutan kanji dalam tumbuhan.

Penggunaan kapur dolomite ini amat sesuai untuk tanaman limau/sitrus. Pokok limau adalah tanaman yang banyak menggunakan Magnesium. Gejala kekurangan magnesium adalah urat-urat pada daun-daun yang tua menjadi kekuningan.

Dalam akuakultur, kapur digunakan untuk membersihkan kolam ikan daripada sisa-sisa kimia pelindung plastik atau tangki poliester.

qttn dolomite

DOLOMITE PADA HARGA OPTIMUM

Ada banyak lagi tips dan persoalan yang boleh dikupas jika tuan-tuan hadir ke kursus IMO saya. Saya juga membekalkan kapur pertanian untuk kegunaan agrikultur pada harga RM450/tan dan masih boleh dirunding untuk penghantaran dan mengikut jumlah pesanan.

Anda boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai dolomite dan kaedah pembelian di sini..

Tagged
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers