Saya perhatikan ada ramai pembaca belum begitu arif mengunakan kemudahan di internet untuk mendapatkan FAEDAH BESAR dengan cara lebih mudah dan cepat. Tuan-tuan ternanti-nantikan post terbaru di blog ini tapi tidak tahu bila ia akan disiarkan lagi. Saya tunjukkan beberapa tips mudah untuk manfaatkan kandungan blog ini secara maksima:
#1 Langgani blog melalui Feed

Lihat text ‘Subsribe in a reader‘ di sebelah. Itu ikon yang kita panggil ‘feed’, satu kemudahan supaya pembaca di maklumkan serta merta apabila blog ini menerbitkan artikel baru. Tak payah lagi asyik tertunggu-tunggu updates, selalu datang ke sini untuk melihat post terbaru tetapi hampa.
Jangan ragu-ragu nak melanggan blog ini. Kalau anda sedang buat ‘research’ atau perlukan maklumat-maklumat ngetop untuk pembangunan diri anda, anda perlukan feed untuk menjimatkan masa surfing, mengunjungi blog rakan-rakan dan membuat banyak rujukan.
#2 klik pada tags
Susah nak cari topik spesifik? Sila lihat pada kotak ‘KLIK LABEL INI‘. Label-label tersebut adalah apa yang dipanggil ‘tag’ ataupun kata kekunci/keyword untuk blogger memberi ‘penjenisan’ kepada artikel. Contohnya jika ia mengenai zeolite maka tag saya ialah ‘zeolite’. Klik perkataan ‘zeolite’ dalam kotak itu dan senarai artikel yang berkenaan ‘zeolite’ akan terus dipaparkan. Jimat masa.
#3 Cari topik menggunakan search box
Perhatikan kotak yang mengandungi butang ‘cari’ di atas wijet ‘KOMEN TERKINI‘ tu. Kalau nak cari apa-apa dalam blog ini, gunakan search box tu, lebih mudah.
Kalau anda juga mempunyai blog, gunakan 3 rahsia besar ini untuk merapatkan lagi hubungan maya penulis dan pembaca, barulah real! Renung renungkan..selamat beramal..!




