Category: vermikompos


Dilema Pengusaha Vermikompos

Salam buat pengunjung blog Impax Bokashi,

Saya Kamarul dari Kuala Krai, Kelantan & salah seorang peserta kursus anjuran Impax Bokashi pada 15 Nov 2008. Mula melibatkan diri dalam bidang asas tani pada awal 2008 dengan mengusaha ternakan cacing bagi penghasilan baja organik vermikompos.  Produk utama bidang vermiculture adalah baja organik vermikompos. Ketika ini terdapat pelbagai jenis baja di pasaran, samada baja kimia & baja organik.

Baja vermikompos bukan sahaja terpaksa bersaing dengan baja kimia, malah dengan baja organik lain. Di samping itu, wujud persepsi negatif di kalangan segelintir pengguna tentang kualiti & harga. Terdapat rungutan dari pengusaha nursery yang menganggap baja vermikompos tidak berkualiti selepas menggunakan baja tersebut. Saya sendiri pernah mendapatkan bekalan tambahan baja vermikompos dari pengusaha lain untuk menampung permintaan salah seorang pengguna. Nyata terdapat perbezaan ketara antara baja vermikompos dari beberapa pengusaha. Struktur fizikal / tekstur baja seakan habuk kayu dengan warna coklat. Mungkin penggunaan campuran medium yang berbeza-beza.

Capt Zaman menyatakan baja vermikompos seharusnya mengandungi sekurang-kurangnya 80% vermicast & 20% sisa kompos. Wajarkah kualiti diabaikan semata-mata untuk memenuhi permintaan pengguna ? 1 tindakan yang akan ‘membunuh’ pasaran baja vermikompos. Walaupun wujud kajian dari luar terhadap keberkesanan baja ini, aspek kualiti seharusnya dititik beratkan oleh pengusaha baja vermikompos.

Kiriman,

Kamarul1978

Darul Naim Agrotech

Baja Organik Vermikompos

MELOR:

Artikel berikut disumbangkan oleh sahabat saya, kamarul1978 dari darulnaim-agrotech untuk berkongsi serba-sedikit info dunia lingkungan penternak cacing di Malaysia. Dapatkan manfaatnya.

———————————————————–

Salam.

Saya Kamarul dari Kelantan (http://darulnaim-agrotech.blogspot.com), salah seorang Bokashi Farmers 1st Batch.

Mengusahakan penghasilan baja organik vermikompos bermula awal tahun 2008. Seperti yang dinyatakan oleh seorang pengusaha vermiculture yang berpengalaman – Capt. Zaman (Eudrillus, www.bicarajutawan.com), fokus utama adalah penghasilan baja vermikompos. Jualan benih / induk cacing sebagai 1 bonus.

Sebelum memulakan bidang ini, saya sememangnya ingin menumpukan pada penghasilan baja vermikompos yang berkualiti. Beberapa perancangan untuk menghasilkan baja yang berkualiti telah dilakar beserta dengan aktiviti R&D. Namun pada peringkat awal penglibatan dalam vermiculture, permintaan terhadap benih / induk cacing agak tinggi. Ditambah dengan bantuan seorang pengusaha yang banyak membantu penjualan benih / induk cacing saya. Keadaan ini mengakibatkan perancangan dalam menghasilkan baja vermikompos yang berkualiti terabai.

Usaha penghasilan baja vermikompos yang berkualiti & RnD pastinya memakan masa. Bila baja vermikompos dihasilkan daripada formulasi campuran medium, ianya perlu diuji pada tanaman untuk melihat keberkesanannya. Begitu juga dengan analisis makmal yang turut melibatkan kos.

Dengan ilmu pengetahuan tentang beberapa perkara, tentunya beberapa kos dapat dijimatkan. Pada peringkat awal pengujian baja vermikompos yang saya hasilkan ianya menunjukkan kesan yang positif & menggalakkan terutamanya pada peringkat semaian tanaman. Medium yang saya guna tidak konsisten, ada ketikanya menggunakan campuran tinja kambing, tinja lembu & jerami. Apabila bekalan jerami di sekitar kawasan saya tiada, saya beralih pada pelepah sawit. Kos tinja kambing juga turut meningkat menyebabkan saya hanya memilih sumber medium yang mempunyai kos paling minima, iaitu tinja lembu & pelepah sawit.

Ujian penggunaan baja vermikompos yang saya lakukan adalah pada tanaman nenas, sayur-sayuran seperti lobak putih, bayam merah

MEMPERKASAKAN VERMIKOMPOS

SOALAN: Bagaimana caranya untuk buat baja vermikompos yang sesuai untuk tanaman padi, sawit, daun, buah?

- Hisham

JAWAPAN:

Penggunaan vermikompos sebenarnya sudah cukup sesuai untuk tanaman-tanaman tersebut. Kerana konsep baja organic ialah ia sesuai untuk semua jenis tanaman. Yang menjadikannya lebih baik lagi ialah amalan pertanian yang baik dan penambah baikan dalam penghasilan baja.

Panduan untuk menghasilkan baja organic yang baik ialah CEC (cationic exchange capacity) dan kandungan bahan organic yang tinggi. Analisis kimia dapat memberikan gambaran yang lebih baik. Melalui analisis kimia, kita bolehlah mengira jumlah bahan-bahan mentah yang ingin digunakan untuk sesuatu jenis pokok.

Setiap pokok makan NPK dan mineral dalam jumlah yang berbeza. Padi makan banyak N, limau makan banyak Mg, jumlah pengambilan P oleh padi dan limau tidak sama, begitulah perumpamaannya. Apa bahan dan berapa banyak nak letak bergantung pada keperluan pokok itu. Maka untuk lebih tepat, kita perlu tahu berapakah unsure NPK dan mineral secara kasar yang diperlukan oleh pokok itu, contohnya untuk 1 ekar tanaman atau 1 tan hasil. Perlu ada ukuran dulu.

Dari sini cik hisham ada panduan, nak pakai bahan apa. Kalau nak K tinggi boleh pakai burn ash, burn ash mengandungi 30% K. kalau nak Mg tinggi pakai kapur, ada 30% Mg. Maknanya kena tahu ilmu bahan pula.

Jadi cik hisham bolehlah memasukkan unsur-unsur tadi dalam vermikompos. Sukatan mengikut keperluan kasar tanaman. Lagi banyak pengetahuan cik hisham dalam bahan-bahan, lagi mudah cik hisham nak buat baja spesifik.

Kalau cik hisham berminat dalam blending baja, boleh datang ke kursus saya pada hari sabtu minggu ke-3 bulan depan (15 november 2008) di Lenggong, Perak. Kita boleh kupas lebih banyak tentang ilmu bahan dan blending.

Lubuk Emas di MAHA2008

Salam teman-teman sekalian,

Saya sangat kepenatan tiap kali pulang ke bilik penginapan, saya cuma nak tidur sahaja. Pun begitu, saya tetap menyiarkan komen-komen tuan-tuan, yang semestinya pelbagai ragam dan menarik. semakin hari, saya menerima soalan dan komen yang semakin rumit :) .

MAHA amat memenatkan. Booth buka pada jam 10pagi-8 malam. berdiri, duduk, berdiri, duduk, sakit kaki dibuatnya. bos saya cik idris hussain amat baik dan suka belanja staf makan2 lepas seharian kerja, memang seronok kerja dengan dia. bila saya pulang makan2 pukul 11.30mlm, basuh kain pulak (kawan2 ketawa dengar saya basuh kain di bilik hotel), iron baju. time iron baju tu pun dah lembik. kaki ni rasa macam nak cabut, campak buang, esok pasang balik.

Saya banyak bertemu rakan2 internet, teman lama dan ilmuwan2 baja. banyak bertemu teknologi baru dalam dunia baja. rakan2 internet yang datang ke booth seperti dolms, kepala2desa, dairul dari www.bicarajutawan.com. nurhikmah, ismail, ishak, cik siti yang membaca blog ini. serta 3 org rakan MBA  dulu yang buka booth di hall C ni.

Saya bertemu ramai penternak cacing. Cik Jamil merupakan penternak cacing, dahulu dia bermula sbg kontraktor sebelum memiliki sebuah kilang di Yan, Kedah yang mengeluarkan 2-3tan medium cacing sehari. beliau jg menjual cacing dan vermikompos. Sebelum MAHA saya selamba je hu-ha hu-ha dengan cik jamil. Dia sporting dan ‘boleh geng’ orangnya. Tapi time MAHA baru saya tau berapa otainya dia, hahaha.. barula datang rasa gerun tu.

Ada teknologi baru yang menarik. Head of research dari baja Advance Valley perkenalkan saya kepada satu fenomena baru. Suntikan tenaga untuk improve performance baja. Saya sangat teruja dan selalu mencari saintis ini untuk hadam segala konsep. tapi nampaknya saya mesti bersabar.

Bersambung…

BAJA ORGANIK DI MAHA2008

Saya sedang online daripada Palm Garden Hotel, pemandangan di sini sungguh indah. Bersemangat jadinya menantikan hari esok.

dalam persediaan

dalam persediaan

masa customer tengah ramai

masa customer tengah ramai

BOOTH 201 & 202 : BIODYNAMIC FERTILIZERS SDN BHD ( HALL C)

Jangan lupa mengunjungi booth saya di booth 201 & 202, Hall C, UPM Serdang mulai 12-23 Ogos 2008 dari jam 9pagi-9malam. Saya telahpun mengikuti En Idris, Cik Asma, Cik Jamil & Cik Alias daripada Biodynamic Fertilizers SB ke booth kami di Hall C dan ke kilang di Dengkil, Selangor petang tadi. Kami adalah syarikat yang menghasilkan baja vermicompost / berasaskan cacing.

Produk yang ditawarkan di booth vermikompos kami :

1. vermikompos = RM10/3kg (3kg/paket dalam bentuk serbuk)

2. vermikompos = RM15/3kg (granular)

3. zeolite = RM10/3kg (granular)

4. cacing african nightcrawler = RM20/4 ekor

Insya Allah kedatangan tuan-puan untuk memeriahkan MAHA2008 tidak saya hampakan. Banyak yang blh dibincangkan disana dan saya harap tuan-tuan dapat banyak manfaat dengan merebut kesempatan ini.

Maaf pada pengunjung2 yg datang ke blog ini memberi komen, barangkali saya tidak sempat menjawab panjang lebar kerana kesuntukan masa. Biasanya, saya kaan memperuntukkan masajam  2-3jam membalas emel dan menjawab komen di blog ini. Anda pasti sukar mempercayainya. Tetapi tanpa internet marketing tools yang betul, banyak lagi kelemahannya yang perlu diatasi, banyak juga memakan masa, wang dan usaha. Insya Allah upgrading akan dilakukan sedikit demi sedikit.

JUMPA DI MAHA2008. AS SALAMU’ALAIKUM

VERMIKOMPOS @ MAHA2008

Vermikompos & Vermikultur

2 hari lepas, sahabat@ guru vermikultur saya dari yan,kedah sedekah pada saya 3 jenis cacing. Lumbricus rubellus (red worm), L. terristris (nightcrawler worm) & pieronic (red wigglers). diberinya sekali worm bedding, baja vermikompos rubellas dan nightcrawler. alangkah seronoknya. Cik jamil, cik mat teng dan cik alias daripada AGRIBASE SDN BHD dalam perjalanan hantar stok ke seremban telah berhenti di lenggong dan beri saya cacing2 ni utk memenuhi hasrat eksperimental saya utk persediaan ke MAHA2008.

Cik jamil bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada pemilik BIODYNAMIC FERTILIZER SDN BHD, Cik Idris Husin yg melantik saya sebagai jurucakap di MAHA2008. kini syarikat tersebut melebarkan sayapnya dalam vermikompos/kultur dan mempunyai target yg mantap untuk MAHA2008 dan sepanjang tahun ini.

Saya menerima baik tawaran cik jamil kerana saya sedang mendalami ilmu baja organik dari setiap sudut. ia sungguh luas, saya tidak boleh berhenti setakat di lenggong untuk memahami sains. Tanyakan pada saya apa saja, saya akan berusaha menjawabnya. Ramai yang memberi komen usaha saya ini terlalu lurus. Semuanya diceritakan secara terperinci. Sebaiknya saya boleh meniagakan kemahiran saya ini dgn cara yg lebih kreatif.

Saya orang baru dalam industri ini. Masanya akan tiba untuk terbang tinggi, tetapi ia harus dilakukan dengan langkah demi langkah. Apa yang saya ceritakan di blog ini, tidak mengurangkan kemahiran saya. Ambillah apa yg perlu, ilmu itu bukan milik saya tetapi hak Allah. Saya tidak kerugian berkongsi dengan tuan-tuan sekalian. Saya meninggalkan masa dahulu dan maju kepada ilmu baru, tiada kerugian. Saya sudah meniaga kecil-kecilan sejak di universiti, saya sudah mengerti jalan ini seperti mana-mana orang baru yang menempuhnya. dan sudah merasa jatuh bangun. saya belajar cara yang susah di palapes unimas. yang baik, yang buruk. sukar saya meninggalkan palapes unimas, nak tinggalkan unimas tak apa-apa.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya dapat customer dari neg. 9 yang order 2 tan kompos dan 50 liter foliar. ia satu perkembangan yang baik.

L. rubellas saya budak baik, tak banyak hal. Nightcrawler saya pemalu, susah nak tengok muka. Pieronic saya semua nak lari. Di malam yang gelap, pieronic ni keluar dari bekas dan merayap merata.

pakcik saya melawak, “nak lari pun bkn sampai mana? depa semua nak balik kedah? nak berenang sungai kerian balik kedah? kena makan ikan sesaja..”

mak saya tambah “taklah. depa dah reti cakap lenggong”

“hang bagitau la kat dia (cacing), jangan lari, hangpa ni dah sampai lenggong..duk diam2,” kata makcik saya. kami dok pakat gelak malam tu. terima kasih cik jamil dan rakan2.

VERMIKULTUR di MAHA2008

Saya menjemput para pengunjung BOKASHI FARMER untuk ke MAHA2008. Saya akan berada di sepanjang MAHA2008 dari 11-23 Ogos 2008, sebagai jurucakap bagi vermikompos dan vermikultur. Di samping itu saya mengalu-alukan tuan2 yang berhasrat untuk berbicara lanjut mengenai pembikinan baja organik, kompos, EM, perbincagnan mengenai EM dan cacing untuk bertukar2 maklumat dan minat dalam bidang ini.

Vermiculture merupakan bidang yang luas dan laris di negara ini. Ada banyak perbandingan EM dan cacing. MAHA2008 merupakan platform saya bertemu peminat EM dan berkongsi cerita. Jemput ke MAHA.

VERMIKOMPOS SKALA KECIL

Saya telah menyediakan rumah untuk cacing-cacing saya, si jenab rubellas, wakdin nightcrawlers dan usop perionyx. Nama-nama berikut terpaksa diberi untuk memuaskan hati ahli keluarga. Saya dibantu seorang pekerja sukarela, Mohd Arif Haikal bin Md Ariffin yang bakal bergraduasi dari sebuah tadika KEMAS untuk menjayakan projek mega saya.

Penyediaan bedding untuk vermikompos tidak susah. Saya dapatkan sebuah bekas bersaiz 1′ x 1.5′ untuk setiap cacing. Alatan saya hanyalah pemutar skru mata philips dan lilin untuk menebuk lubang pada bekas worm bin. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Container ditebuk dengan sedozen lubang pada dua bahagian iaitu bahagian dasar dan penutup. Sebaik-baiknya lubang didasar worm bin berdiameter 1 cm, lebih besar daripada lubang di atas penutup dan lubang tersebut di tutup dengan jaring halus untuk mengelakkan bedding atau cacing keluar. Cara menebuk lubang adalah dengan memanaskan mata pemutar skru sehingga betul-betul panas dan tebuk lubang pada bekas tersebut.

2. Rupa worm bedding yang telah siap.

3. Carik-carikkan suratkhabar secara memanjang.

4. Rendam dalam besen berisi air.

5. Perah air daripada suratkhabar, memadai kelembapannya seperti span yang lembap, bukan basah seperti kain yang tidak diperah.

6. Buka kembali dan tebar-tebarkan suratkhabar lembap tadi. Susun rapat-rapat sehingga 1′-2′ tinggi didasar bekas worm bin, tidak perlu dimampatkan untuk membenarkan pengudaraan yang baik dan aliran air yang lebih cekap.

7. Masukkan cacing bersama media / bedding lamanya ke atas lapisan surat khabar lembap memenuhi 1/2 bekas. Masukkan 1/2 ruang lagi untuk bedding baru. Bedding haruslah berkeadaan lembap. Letakkan makanan cacing 1/4 daripada luas bekas.

8. Tutup lapisan atas dengan lapisan surat khabar lembap. Ia mengekalkan kelembapan bedding.

Saya telah membuat makanan cacing sendiri daripada Em paklias, kacang soya, dedak burung, tahi kelawar. Setakat ini cacing tidak menunjukkan masalah dengan ramuan saya. Saya mengujinya keatas cacing peliharaan sendiri sebelum menjualnya. Makanan cacing ini dibuat untuk memenuhi permintaan seorang hobbyist, tetapi saya mengujinya dahulu dan minta pendapat guru saya sebelum menjual produk.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers