Category: Uncategorized


LARUTAN KONSENTRASI IMO

Musim buah ni banyak buah yang gugur seperti pokok dokong di rumah saya. Saya sedang menghasilkan larutan IMO berasaskan buah-buahan tempatan. Saya mengutip buah-buah yang gugur, samada buah muda atau masak yang nampak masih elok. Saya mengikut saranan seorang pengusaha baja organik  seperti berikut:

BAHAN-BAHAN:

Buah-buah lembik/masak @ muda (sumber saya: dokong, manggis, betik)

1kg gula merah

sekepal zeolite

1 tong sampah hitam

air

LANGKAH-LANGKAH (cara saya):

1. buah -buahan dibersihkan dengan air sungai

2. cincang buah kepada saiz yang kecil

3. isikan buah dlam tong sampah hitam sehingga 3/4 penuh

4. masukkan gula merah dan zeolite. gaul rata-rata

5. isi air sungai hingga paras yang menenggelamkan buah. jangan isi penuh tong, proses fermentasi akan meningkatkan paras air, larutan akan melimpah

6. tutup penutup botol. biarkan seminggu.

Bila anda ingin mengambil jus IMOnya, tekan buah-buahan tadi dan gunakan penapis santan/tepung untuk menyaring pepejalnya. kalau disimpan dengan baik, larutan IMO boleh dipakai 1-3 tahun. Pertama kali buat mungkin gagal. Itu kebiasaan. Utamakan kebersihan semasa membuat larutan IMO. buat kompos tak apalah, sebab gaul dgn tanah dan tahi juga.

Larutan boleh dipakai dengan mencairkan pada nisbah 1:100, 1:500 dan 1:1000.

—————————————————————————————————

update pada 27 April 2009

resepi ini ada sedikit renovasi untuk menjadikannya lebih berkesan dan tidak terlalu asidik. penambahan tersebut ialah tambahkan 5k-8g gula merah, bukan 1kg, serta masukkan 50ml EM1.

Semasa mencari bahan rujukan mengenai baja, saya terjumpa naskah Berita Pertanian (Tahun 2004) keluaran Jabatan Pertanian Negeri Perak bilangan 60 mengenai baja foliar ekstrak. Kebetulan, penulis artikel tersebut Encik Abni Majah bin Tormiz merupakan Pembantu Pejabat Pertanian Lenggong dan kami selalu bersua muka di pejabatnya atau di rumah seorang pengusaha baja organik.

BAHAN-BAHAN:

1 bahagian sayur-sayuran segar (katakan 1kg)

1 bahagan buah-buahan terlalu masak

1 bahagian benih berkelembapan tinggi

1 kg gula merah

1 raga rotan atau tong

LANGKAH PENYEDIAAN:

1. Cincang sayuran, buah-buahan dan benih kepada ketul-ketulan sederhana besar.

2. Campurkan ketiga-tiganya kedalam satu tong atau raga rotan (dalam 3 kg).

3. Campurkan 1 kg gula merah, gaul rata dengan bahan organik tadi.

4. Simpan raga rotan / tong ditempat teduh pada suhu biasa.

5. Campuran ditekan & diperam selama 1-2 malam, hasilnya diambil.

6. Peram lagi untuk 7-15 hari dan jusnya diambil.

PENGGUNAAN:

A. Disembur pada daun setiap 5hari. (10cc = 1 sudu besar larutan ekstrak + 1Liter air)

B. Tambah 100-120cc pada 10liter air dan siram di pangkal pokok. Tutup pangkal pokok dengan baja organik. Kemudian, gunakan rumput kering atau jerami untuk menutup pangkal pokok. Ulangi langkah ini setiap 15 hari.

Larutan hasil inilah yang dipanggil larutan ekstrak biologikal ataupun baja foliar EM. Ia boleh disimpan sehingga 1 tahun. Dalam larutan ini mengandungi asid laktik, mikrob, asid humik serta bahan-bahan organik yang menjadi keperluan asas tumbuhan seperti N, P, K, Bo, Fe, Ca, C.

Jika anda ingin menghasilkan baja yang lebih rumit seperti baja ikan, udang, batuan mineral dan sebagainya bolehlah digunakan. Ikuti arahan atau nisbah yang diberikan untuk menjamin mutu baja ekstrak yang dihasilkan.

Selain selamat dan mudah disediakan, baja foliar buat sendiri dapat mengurangan kos input @ baja sehingga 20%-40%. Amalan ini sudah terbukti melalui petani yang dipilih oleh Pejabat Pertanian Daerah Kecil Lenggong, Hulu Perak. Penggunaan baja foliar ini dilaporkan meningkatkan hasil tembikai (watermelon super dragon) sehingga 1.6tan/0.05 hektar selain memanjangkan hayat tanaman tembikai sehingga 2-3 minggu.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers