Category: blog info


Salam 2010, semua :)

Apa khabar sahabat semua? Jumaat ni semua dah mood nak cuti :)

Lama tak jenguk blog, ramai kawan-kawan dah tanya awat blog naik sawang hoho..siap awal tahunni kena banned dgn wordpress lagi sebab wordpress dah keluar peraturan baru, pengguna blog platform wordpress tidak boleh lagi menyiarkan affiliate link atau buat duit melalui blog mereka. Rayu punya rayu dapat activate balik seperti sediakala..

Saya masih lagi meniaga baja, cuma sekarang secara sambil-sambilan. Sekarang rajin tengok kebun kawan-kawan yang rajin contact n share info. Awal tahun ni saya menyambung semula pelajaran dalam bidang Sarjana Perubatan penyelidikan sepenuh masa dalam bidang biokimia/perubatan molekular di UiTM Kampus Sungai Buloh, Selangor. UiTM baru buka kampus baru dimana fakulti perubatannya pindah ke sini, terutamanya makmal2. Ramai orang yang masih tak tahu mengenai kampus baru ni, taxi driver pun ramai yang tak tahu.

Tajuk penyelidikan saya tentang mencari bahan antikanser dalam aloe vera untuk kanser payu dara. Orang kampung saya panggil tajuk tu ‘ The Apoptosis Effect of Aloin & Emodin on The Signaling Transduction Pathways of Caspase-3 & Caspase-8 of MCF-7 & MDA-MB-231 Cancer Cells’..uhuhuhu. Kalau ada yang boleh bantu boleh la hubungi saya.

Saya alu-alukan sebarang cadangan untuk membincangkan tajuk di blog ni, insya allah saya buat pelan-pelan. Sekarang saya stay di Sg Buloh, kalau nak hubungi saya boleh contact saya di 019-462 9903. Terima kasih banyak kerana rajin mengikuti blog ni. Better tuan-tuan subscribe blog saya (RSS) melalui email subscription, tiap-tiap kali blog updated anda akan dapat tahu terus..tak payah datang ke URL dan tengok takda update :)

Selamat hari jumaat semua :)

Saya mula2 blogging dahulu dalam 10-30 orang pelawat blog saja yang datang sehari. Bilalah orang nak baca blog aku ni. Puaslah fikir bagaimana caranya hendak meningkatkan bilangan pelawat. Sebenarnya banyak pembaca industri asas tani ni, blog kambing, serai, keli, EM memang popular. Ada blog tani yang mempunyai pelawat lebih 2 juta setakat ini.

Malah blogger Malaysia amat bertuah kerana walaupun menjual barang di blog percuma, rakyat Malaysia tidak pandang rendah malah menghargai info yang diberikan.

blogger

Bagi kebanyakan blog asas tani baru pastilah berserabut memikirkan cara nak meramaikan pembaca. Kasihan tengok blog yang rajin di update, cantik tapi agak kesunyian. Tanpa sistem networking, berbulan-bulan juga sebelum orang discover blog kita.

Ada satu cara yang baik, iaitu dengan menggunakan ‘twitter’. Twitter ni macam ‘loud speaker’, papan kenyataan atau tempat pengumuman. Rakan-rakan dalam senarai kita akan dimaklumkan apabila kita update twitter ni. Jual benih keli ke, anak pokok gaharu ke, cacing ke, orkid baru ke. Mana-mana topik yang berkenan di hati pembaca maka mereka akan berkunjung ke blog kita untuk dapatkan manfaat. Biasanya bila kita add mereka, mereka akan add kita balik.

Antara program twitter yang pantas buat rangkaian ialah tweetgetter.com. Dia mirip cara buat networking sistem MLM. Percuma saja. Jemputlah rakan-rakan dalam senarai link di blog anda tu untuk menyertainya. Lebih cepat pelawat jumpa anda kerana maklumat cepat sampai.

Kalau rajin tulis dalam bahasa inggeris, join Agriculture Twibe di twitter juga, mat saleh ramai kat sini.

Saya perhatikan ada ramai pembaca belum begitu arif mengunakan kemudahan di internet untuk mendapatkan FAEDAH BESAR dengan cara lebih mudah dan cepat. Tuan-tuan ternanti-nantikan post terbaru di blog ini tapi tidak tahu bila ia akan disiarkan lagi. Saya tunjukkan beberapa tips mudah untuk manfaatkan kandungan blog ini secara maksima:

#1 Langgani blog melalui Feed

feedblog1

Lihat text ‘Subsribe in a reader‘ di sebelah. Itu ikon yang kita panggil ‘feed’, satu kemudahan supaya pembaca di maklumkan serta merta apabila blog ini menerbitkan artikel baru. Tak payah lagi asyik tertunggu-tunggu updates, selalu datang ke sini untuk melihat post terbaru tetapi hampa.

Jangan ragu-ragu nak melanggan blog ini. Kalau anda sedang buat ‘research’ atau perlukan maklumat-maklumat ngetop untuk pembangunan diri anda, anda perlukan feed untuk menjimatkan masa surfing, mengunjungi blog rakan-rakan dan membuat banyak rujukan.

kursus1#2 klik pada tags

Susah nak cari topik spesifik? Sila lihat pada kotak ‘KLIK LABEL INI‘. Label-label tersebut adalah apa yang dipanggil ‘tag’ ataupun kata kekunci/keyword untuk blogger memberi ‘penjenisan’ kepada artikel. Contohnya jika ia mengenai zeolite maka tag saya ialah ‘zeolite’. Klik perkataan ‘zeolite’ dalam kotak itu dan senarai artikel yang berkenaan ‘zeolite’ akan terus dipaparkan. Jimat masa.

#3 Cari topik menggunakan search box

Perhatikan kotak  yang mengandungi butang ‘cari’ di atas wijet ‘KOMEN TERKINI‘ tu. Kalau nak cari apa-apa dalam blog ini, gunakan search box tu, lebih mudah.

Kalau anda juga mempunyai blog, gunakan 3 rahsia besar ini untuk merapatkan lagi hubungan maya penulis dan pembaca, barulah real! Renung renungkan..selamat beramal..!

kursus1

Hampir 2 tahun umur Bokashi Farmer, saya amat bersyukur dengan sambutan orang ramai terhadap blog ini. Setiap hari hampir 250 orang mengunjungi blog ini dan sekurang-kurangnya dapat 1 komen setiap hari. Itu yang buat saya berhutang tu bila tak jawab-jawab komen ;P

Perpindahan ke laman web baru di www.bokashifarmer.info

Untuk pengumuman, blog ini akan berpindah ke hosting baru secara rasmi pada 15 April 2009. Maknanya Bokashi Farmer akan bertukar ke alamat laman blog yang baru iaitu www.bokashifarmer.info.

Dot info ya, bukan dot com. Dot info tu untuk blog, banyak informasi, aktiviti dan tips-tips percuma. Bokashifarmer Dot com pula saya bangunkan laman itu sebagai minisite untuk kursus yang saya anjurkan.

Manakala blog ini lebih santai, saya akan memaparkan pandangan peribadi, perkembangan terbaru atau info-info yang boleh dikongsikan dengan khalayak tempatan. Saya tidak menutup blog ini, cuma semua penulisan ilmiah termasuk komen dan gambar saya pindahkan ke hosting baru.

pindah1

Wajah terkini:

bokashibaru

Dari local ke persada global

Yang lainnya dengan rumah baru ialah ia blog berbahasa inggeris. Bukan Akademi Fantasia 7 saja yang nak buat transformasi, saya pun transformer juga. Ialah, kalau nak berjaya kenalah bersungguh-sungguh.

Irfan Khairi pun ada menulis dalam bukunya, memiliki hosting sendiri amat penting dalam perniagaan. Macamana konsultan boleh buat pejabat di tapak setinggan! Jadi, macam orang yang baru mula kerja di luar sana, mula-mula sewa bilik. Bila dah senang sikit boleh beli rumah. Samalah saya.

Tujuannya supaya kita boleh pegi global. Blog composting mat saleh lagi power-power, bukan kita nak jadi mereka, tapi dari local kita melangkahlah ke era global pula, ambil peluang tanpa sempadan ini. Sunyilah saya kalau ke rumah baru sorang-sorang, rakan-rakan joinlah sekali. Nak tinggalkan komen dalam bahasa melayu pun tak apa.

Kita sama-sama ambil platform ini untuk menjelajah lebih luas dan mengenali suasana baru. Harap rakan-rakan masih beri sokongan pada saya.

Anda juga dijemput menghantar artikel ke ezine tersebut

Penghargaan Buat Bokashi Farmer

Salam sejahtera buat pengunjung Blog Impax Bokashi,

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih & penghargaan buat Melor  Bokashi Farmer. Banyak manafaat yang saya perolehi sepanjang mengenali & mengikuti perjalanan Bokashi Farmer.

Saya mula mengenali Bokashi Farmer apabila mencari informasi & maklumat berkaitan baja organik di internet. Di Forum Bicara Jutawan,  terdapat pelbagai maklumat berkenaan perkara tersebut. Ditambah pula dengan perkongsian maklumat dari rakan-rakan lagi yang turut tidak lokek berkongsi ilmu masing-masing. Ada yang saya pernah bersua muka di dunia realiti selepas berkomunikasi di alam internet sahaja.

Blog Bokashi Farmer juga menjadi salah satu sumber rujukan saya dalam mempelajari tentang baja organik. Banyak ilmu / maklumat baru yang saya perolehi. Banyak info / maklumat saya kutip & jadikannya dalam bentuk nota rujukan saya.

Bila Bokashi farmer menganjurkan Kursus Penghasilan Baja Organik & Teknologi IMO di Lenggong, Perak pada akhir 2008 yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk menghadirinya dengan tujuan mendalami lagi kaedah penghasilan baja organik yang berkualiti. Alhamdulillah banyak perkara baru yang saya perolehi / pelajari melalui kursus tersebut.

Disamping itu kenalan dari seluruh pelusuk negeri turut bertambah. Rata-rata yang menghadiri kursus tersebut adalah dari golongan usahawan tani seperti pengusaha tanaman depu, tanaman buluh madu, tanaman sayur-sayuran, ternakan ikan keli dll.

Bukan sekadar pertambahan ilmu & kenalan dari bidang asas tani sahaja, malah turut membantu pemasaran & penjualan produk yang ditawarkan oleh DARULNAIM agrotech. Wujud banyak manfaat yang tidak disedari.

Komunikasi secara maya dalam lingkungan yang sama memberi impak yang cukup besar. Moga 2009 ini membuka jalan ke arah peningkatan prestasi yang lebih optimum buat kita semua dalam memajukan industri asas tani tanahair. Insya-allah.

Wassalam

Kamarul1978

Darul Naim Agrotech

WELCOME TO BOKASHI FARMER

bokashi-banner.gif

this post has been republished on 12 April 2009, indicating the rebirth of new Bokashi farmer.

Melor

———————————

hi, visitor :)

actually, i never thought my blog will be visited immediately after published. this blog is officially launch on the 24th of May 2007, but i’m very surprise to get Al Bokashiman to commented on this first post!

i’ve been reading his blog since im searching for information regarding on bokashi, EM and related article. i never imagine Al would reach this blog and give support. that really boost my motivation. thank you Al. that means a lot.

well, i thought no Malaysian will discover the existance of this blog as long as i didn’t start promoting. i was right. little did i know, two dozens of readers discovered this blog in the first place. i forgot that technology is a powerful tool.

at first i wanted to make my presentations in english, however i prefer to write in Malay as to give more understanding to different group of malaysian readers. maybe one day i wrote it in english.

to all friends, welcome to the bokashi farmer :) .

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers