movation-preparation-persistance. semua faktor modal insan.
Lepas habis undergrad, ramai yg berfikir nak sambung master degree tp takut, risau sbb tak tahu apa nak expect. sama la saya juga. google sana sini peluang terbuka n tercari2 pengalaman org lain. lepas 2.5thn hidup sbg postgraduate saya pun dah ada overview dan teringat pengalaman lalu terkapai2 cari tips. sekarang bolehlah berkongsi kepada student2 kat luar sana yg merancang nak sambung study dlm bidang penyelidikan full time.
faktor pertama, hubungan baik dgn supervisor. awal sampai akhir. ni sgt penting. hbgn supervisor-student ni masam2 manis, kata co-sv saya masa mula2 start dulu. student mesti ada chemistry in work dgn sv, kalau dia xngam dgn sv study susah nak habis. seram tak seram ayat ni. dlm study ada byk cabaran, xda result yg plg mcabar sekali. so kena selalu kerja rapat dgn sv spy xtimbul masalah yg berlarutan.
pada pendpt saya student jg perlu pandai pilih sv, bkn sv saja blh memilih student. antara ciri2 sv yg baik ialah mempunyai research grant yg mencukupi utk setiap student, jaga kebajikan student dan tdk tlalu membebankn student dgn kerja admin.
sv dgn geran besar biasanya buat projek2 yg berimpak tinggi, itu satu kelebihan utk student. blh belajar high-end project. bila geran mencukup, seorg student xperlu berpekin2 berkongsi geran dgn student2 yg lain. xda susah hati geran nak hbs tp study byk lg. tdk meminta2 barang dgn org lain.penting ada geran yg cukup utk seorg student. kalau bab kebajikan, student blm ada biasiswa,sv blh bg elaun from grant. sv turun padang sometimes or selalu. atau sv pandai amik ati, bila kita buat achievement dia ada bg ganjaran, haa yg tu tpulanglah hak individu msg2.
ada gak sv yg handle projek besar2, kerja admin pun berlambak. student kena buat keje admin. xkuat semangat, cabut student tu. ini cuma panduan2 dalam menilai. kena tengok keadaan dan citarasa.
faktor kedua, modal insan. mesti mau belajar, bkn mcm tukul dgn paku, sekali ketuk sekali jln. xde makan suap. yg asal2 kejadiannye xrajin, masuk master blh jd sgt rajin tau. kenapa? sbb pressure nak hasilkan result dr eksperimen yg berhari2 tu, membuatkan student blh stay pagi ke malam di lab. kalau org tengok, sure kena puji rajin hehe tp sendiri je tau ape masalah xbalik lg pukul 3pagi ni.
sejujurnya, org amik master n phd ni menangis dlm lab tu kira biasa. xpelik. baik lelaki atau perempuan, bujang or dah beranak pinak. jgn takut xblh handle pressure, kekuatan akn jadi dgn sendr k. kang salah faham pulak.
faktor ketiga, biasiswa. better cari biasiswa dulu baru minta master. dpt master dlu pun boleh, kebiasaannya bgt, saya begitulah. susahlah skt berbanding org yg dpt biasiswa utk sara diri, less problem. xperlu guna duit geran, or cari partime job. biasanya yuran semester pertama kita kena langsaikan dulu.cuba minta mybrain15, nsf, tpm or other type of scholarship.
keempat, ada mentor. kalau nak start cepat n hbs study pun cepat, elok kita ada skt pengalaman praktikal dan ada org yg mengajar kita di lab. samada senior or staf lab. itu memudahkn kerja. setiap saintis sdh ada tools or skill tersendr. bila ada mentor, kita belajar je cara dia organize kerja. itu mengurangkn pembaziran dlm lab dan lbh sistematik. kita cepat cerdik. insya Allah pengajian jd lbh mudah.
apa bidang pun, sama saja bottomline dia. kerja keras dan formula kejayaan yg baik. xda pwngalaman, xpa blh belajar. okey, all the best











