Salam semua,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan izinnya, kami telah berjaya melahirkan majalah internet/ ezine bertemakan pertanian dan baja organik untuk anda yang prihatin dengan penggunaan baja organik.
Anda boleh lawati ezine tersebut di www.bokashifarmer.info.
Banyak tips-tips berguna di laman tersebut, jangan lepaskan peluang meningkatkan ilmu diri dengan pelajaranyang saya berikan, kerana tiadak ada tempat lain di Malaysia ini menawarkan nilai yang sama
Anda ingin mempromosikan blog agrikultur anda?
Tarik trafik ke blog melalui artikel!
Kini BOKASHI FARMER telah mengorak langkah ke khalayak antarabangsa dengan menerbitkan e-zine. Ezine tersebut anda boleh dapati di URL : http://www.bokashifarmer.info. Kami secara rasmi berpindah ke hosting baru pada 15 April 2009 dan merupakan majalah online pertama di Malaysia bertemakan baja organik
Kami menjemput anda untuk menghantarkan artikel dari blog anda ke ezine Bokashi Farmer. Ia langkah yang baik untuk mempromosikan laman web anda kepada orang ramai, berkongsi informasi serta mempamerkan kredibiliti anda.
Syarat-syarat menghantar artikel ialah:
1. Artikel dalam BAHASA INGGERIS sahaja yang akan di terima.
2. Bertemakan ORGANIK. Sama ada anda menulis tentang baja, makanan, penternakan, manfaat, tanaman, gaya hidup dan sebagainya, asalkan berasaskan organik.
3. KARYA ASLI. Kami tidak menerima artikel yang di tiru dari sumber lain bulat-bulat, atau plagiat. Jika anda tidak menulisnya sendiri, nyatakan sumber rujukan beserta link.
4. TIDAK bersifat PROMOSI. Artikel anda tidak mempromosikan sebarang produk atau syarikat. Anda cuma perlu menyertakan link ke laman anda untuk menarik pelawat, tetapi lakukan promosi di laman anda sahaja.
5. Anda dibenarkan untuk mempamerkan gambar, multimedia atau link, asalkan bersifat informatif, bukanlah link jualan seperti banner affiliate.
Hantar artikel anda kepada impaxmelor@gmail.com. Panel kami akan membuat penilaian dan editing jika perlu. Artikel akan disiarkan sekurang-kurangnya 3 hari selepas penghantaran.
Tips menarik pelawat ke laman web anda:
1. Jangan lupa sertakan link ke laman web anda di akhir artikel.
2. Sertakan gambar atau video menarik.
3. Berikan satu isi yang BERHARGA untuk membuatkan pembaca terus membaca apa yang anda kata.
4. Membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka.
Hantarkan artikel anda itu kepada saya di impaxmelor@gmail.com. Selamat berkarya!
Melor Mohd Daud
Pengasas Ezine Bokashi Farmer






17 Jun 2009 at 1:25 pm
i need info
18 Jun 2009 at 3:43 pm
bravo malur… keep it up..
22 Jun 2009 at 11:48 am
rindu la kat ayahanda. tp saya sendiri pun dah lama tak update blog hehe
22 Jun 2009 at 11:52 am
what type of info, bro?
14 Julai 2009 at 10:18 am
mana nak beli bekas utuk tanaman sayur organic
20 Julai 2009 at 10:57 am
leeroy
hm, ada bekas khas ke..rasanya organic ni sama gak macam tanaman biasa, sempoi2 pn boleh..kecuali nak buat fertigasi kenalah equipment fertigasi jg..
6 Oktober 2009 at 8:29 pm
melor, http://www.bokashifarmer.info tak blh access msg database error.