Jika anda menanam serai pada jarak 3.5′ x 3.5′, anda memerlukan lebih kurang 1tan kompos untuk seekar tanah. Katakan anda menggunakan vermikompos yang saya jual iaitu pada harga RM1400/tan, maka kos baja anda ialah RM1,400/ekar. Pengiraan boleh rujuk di post pengiraan baja serai.
Katakan anda tanam serai peha ayam, 6 bulan dah boleh harvest. Pembajaan dibuat setiap 3 bulan sekali, maka kos baja untuk semusim ialah RM2,800/ekar.
Bagaimana anda hendak menentukan baja kompos akan menunjukkan prestasi tinggi dan serasi dengan serai? Atau biasa-biasa saja dan perlu di support dengan baja semburan? Disini saya kongsikan beberapa tips.
1. Kandungan N dan K yang tinggi. Serai adalah tumbuhan berdaun lebar yang banyak menggunakan nitrogen untuk menghasilkan tenaga. Baja berasaskan tahi ayam atau tahi kambing sesuai untuk tujuan ini. Kalium untuk membantu perkembangan sistem akar. Kalau akar dapat berkembang jauh, maka penyerapan nutrien dan air lebih cekap.
2. Kandungan Mg yang tinggi. Bukanlah tinggi sangat, tetapi dititikberatkan. Jika serai itu untuk tujuan membanyakkan peratusan minyak linolik maka ia perlukan Mg mencukupi.
3. Jika mau serai itu berat dengan air maka eloklah pertumbuhan akar diambil kira. Penggunaan kapur digalakkan sekiranya ingin memperbaiki penyerapan nutrien dalam tanah.
4. Baja berserat amat baik untuk memegang kelembapan, contohnya sabut kelapa.
Prestasi baja berlainan dari satu jenama ke jenama yang lain. Untuk baja serai syarikat kami membekalkan baja jenis vermikompos yang dicampur zeolite dan bahan penggalak. Harganya RM1500/tan. Baja ini mengandungi banyak mineral, boleh memegang kelembapan dan tidak membakar tanaman.

