Saya mula2 blogging dahulu dalam 10-30 orang pelawat blog saja yang datang sehari. Bilalah orang nak baca blog aku ni. Puaslah fikir bagaimana caranya hendak meningkatkan bilangan pelawat. Sebenarnya banyak pembaca industri asas tani ni, blog kambing, serai, keli, EM memang popular. Ada blog tani yang mempunyai pelawat lebih 2 juta setakat ini.
Malah blogger Malaysia amat bertuah kerana walaupun menjual barang di blog percuma, rakyat Malaysia tidak pandang rendah malah menghargai info yang diberikan.
Bagi kebanyakan blog asas tani baru pastilah berserabut memikirkan cara nak meramaikan pembaca. Kasihan tengok blog yang rajin di update, cantik tapi agak kesunyian. Tanpa sistem networking, berbulan-bulan juga sebelum orang discover blog kita.
Ada satu cara yang baik, iaitu dengan menggunakan ‘twitter’. Twitter ni macam ‘loud speaker’, papan kenyataan atau tempat pengumuman. Rakan-rakan dalam senarai kita akan dimaklumkan apabila kita update twitter ni. Jual benih keli ke, anak pokok gaharu ke, cacing ke, orkid baru ke. Mana-mana topik yang berkenan di hati pembaca maka mereka akan berkunjung ke blog kita untuk dapatkan manfaat. Biasanya bila kita add mereka, mereka akan add kita balik.
Antara program twitter yang pantas buat rangkaian ialah tweetgetter.com. Dia mirip cara buat networking sistem MLM. Percuma saja. Jemputlah rakan-rakan dalam senarai link di blog anda tu untuk menyertainya. Lebih cepat pelawat jumpa anda kerana maklumat cepat sampai.
Kalau rajin tulis dalam bahasa inggeris, join Agriculture Twibe di twitter juga, mat saleh ramai kat sini.






5 Mei 2009 at 7:51 am
Salam cik Melor, menarik blong anda.
5 Mei 2009 at 8:18 am
terima kasih syahman
paparan terbaru kau pun menarik, nampaknya sudah makin maju dlm bidang hartanah. syabas, man
20 Mei 2009 at 6:47 pm
Hi Melor,
I think you are doing a great job. Should you happen to be in KL, do drop me a line and we can meet up for coffee. Would like to explore how we can work together.
Regards
HS
22 Mei 2009 at 11:37 am
Kat agric twibe tu ada group ahli homeopati yg buat “racun” serangga guna kaedah homeopati… Mungkin jawapan kepada masalah fruit flies dll. Gabungkan dengan ilmu dari HS Wong tu tidak mustahil boleh dicipta pembasmi musuh tanaman yg aman dan murah.
25 Mei 2009 at 8:02 am
hs wong
thank you for dropping comment on my page, i really appreciate that. admire your farm and passion in organic farming. would love to meet you in person.
i would recommend my readers to go to your blog for on site organic farming practice, i really admire the content.
25 Mei 2009 at 8:03 am
cik ishak
oh ye ke, blh saya check kat sana nanti
saya jg perlu extend pengetahuan dlm racun organik