PENGUMUMAN
Untuk resepi ini, saya renovate sikit resepi ni disebabkan oleh ‘lambat masak’ dan suhu tak naik. Masa first time saya buat pun suhu tak naik, dan feedback dari pelawat blog pun kata suhu lambat naik.
Ada byk faktor, mungkin EM1 yg kita beli tu tak power, atau climate kita lain dgn jepun, so lambat skt.
Agak lama juga terlupa mengenainya, jadi saya republish semula dan tuan-tuan boleh dapatkan formulasi yang baru di EZINE BOKASHI FARMER, klik disini.
…………………………………………………………………………………………………………………………
Kali pertama saya diperkenalkan kepada istilah bokashi oleh seorang perunding pertanian, Hj Abd Rahman b Hj Omar dari Kuala Kedah, Kedah, pemilik HAR Agric Sdn Bhd. Bokashi bermaksud baja kompos / penapaian dalam bahasa Jepun. Haji Rahman ketika itu baru pulang dari Jepun, menggariskan kandungan tanah bokashi yang disyorkan oleh petani-petani Jepun:
BAHAN-BAHAN:
-
EM1@ IMO alfa-g 20 ml
-
Dedak kasar 1 guni
-
Tahi ayam 1 guni
-
Melukut 1 guni (beras patah / kepala beras)
-
Gula merah 40 mg (< 1kg)
-
Air 60 L
langkah-langkah:
-
Campur dedak, tahi ayam & melukut, gaul sebati
-
Masukkan gula merah dan EM kedalam tong pembancuh dan kacau
-
Siram pada campuran (1) atau kompos/bokashi tadi
-
Uji dengan mengambil segenggam bokashi & letak di atas permukaan lantai. (kadar air/ kelembapan yang betul adalah apabla bokashi bokashi duduk sekepal. Jika kurang air, kompos akan terlerai. Maka tambahkan air. Jika banyak air menitik semasa dikepal, kompos terlalu basah, maka tambahkan dedak.)
-
tutup tanah bokashi dengan plastik. biarkan selepas 2 hari
-
buka selepas 2 hari, tanah akan berwarna keputihan (45-65degC). panas.boleh menyebabkan kulit melecur.Gaul guna scoop. uij semula. ulangi gaul dan uji setiap 2 hari sehingga 2 minggu. suhunya akan turun kepada 45-30degC
-
selepas 2 minggu, tidak perlu tudung lagi, ridai2kan tanah. keringkan.
PELAJARI CARA MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN ORGANIK UNTUK PEMBUATAN BAJA KOMPOS.
Klik perkataan dalam ruangan LABEL di sebelah kanan ini.
Bokashi ini menggunakan sekumpulan bakteria yang dipanggil effective microorganism (EM). EM ini merupakan sumber volkanik atau gunung berapi terdiri daripada mycelium, sejenis kulat yang hidup di persekitaran suhu panas. Contohnya di kolam air panas semulajadi atau kawah volkano. ia berupaya meningkatkan menguraikan nutrien dalam baja kompos, merawat tanah dan menyuburkan tanaman. tindakan penghasilan kompos itu sebenarnya adalah aktiviti metabolisma / makan untuk EM. EM makan bahan organik lalu terurai kepada kompos yang mempunyai struktur lebih ringkas bagi penyerapan tumbuhan.
Dalam EM terdapat sejenis bakteria yang tidak memerlukan oksigen untuk menguraikan kompos, bakteria ini dinamakan anaerobik. Oleh itu pembikinan kompos perlu ditutup dengan plastik untuk membenarkan bakteria anaerobik bertindak dengan lebih berkesan. Kompos boleh menjadi sangat panas semasa proses penguraian berlaku sehingga mencecah 65deg Celcius. Warnanya akan bertukar kehitam-hitaman secara perlahan-lahan dan wap air akan terbebas. Lebih kurang seminggu ke 10 hari, kompos sudah siap digunakan.
Saya sudah mencuba resepi ini beberapa kali dan ia menjadi.Saya menggunakan tahi kelawar dan menambah zeolite untuk memperkasakan mikro dan makronutrien. Seminggu saja baja saya dah bertukar hitam dan saya gunakan selepas dua minggu. Pokok naik dengan sihat dan stabil. Ia lebih tahan hidup di tanah liat dengan taburan kompos. Tanah menjadi lebih lembut selepas 3-4 minggu.
Selamat mencuba


nak tanya soalan bodoh tapi memang saya tak tahu.. melukut tu apa ? ada gambar tak ?
gambar payah skt. tp melukut tu beras yang patah setelah diproses di kilang atau ditumbuk.
padi bila ditampi (manual), atau diayak dgn mesin di kilang untuk mengasingkan kulit dan beras, beras akan patah. biasanya yang patah tu kepala beras, yang mengandungi karbohidrat tinggi, jadi ia mempunyai kandungan tenaga yang lebih tinggi.
hrp penjelasan tu menjawab soalan coversyl
Syukur sangat dapat jumpa blog ni. Terima kasih banyak2 atas info yang sangat berguna ni.
Boleh la saya tambahkan pengetahuan dalam bidang organik ni, sebenarnya saya baru nak bermula.
Saya harap dapat singgah di tempat Saudari suatu hari nanti.
-z-
anak perak yang merantau
terima kash cik zahrul,
silalah datang, ada rezeki saya akan perkenalkan cik zahrul pada paklias. paklias ni banyak ilmu organik.
Dulu kalau lalu tasik raban ingat ikan bakar dan ikan masin jer… lepas ni kena tambah satu lagi, kena singgah kat chengai pulak. Ni nak tanya adakah malukut ni sama mcm beras hancur?
saya tak paham sangat ayat ni – siram pada campuran tanah tadi “(6tidak10L bg 1 penyiram)”
bukan chengai lg dah cik zahrul, lenggong pula skrg
. saya dah tak kerja dgn chengai..tp mmg blog ni dihidupkan zaman saya berguru dengan chengai. sekarang berguru dgn paklias lenggong
ya, melukut tu beras patah. saya dah edit post diatas.
typing error ayat berikutnya tu, saya dah betulkan. terima ksih kerana menegur. katakan satu penyiram isipadunya 10L, maka gunakan enam bahagian air gula merah.
Sorry ler, saya ingatkan masih dengan chengai lagi..
Ni nak tanya lagi, banyak nor tanyer yek.. boleh tak kalau kita nak buat baja mcm FAA tu tapi bahan asas dia bukan ikan tetapi daging.
tanye, jgn tak tanye..
boleh. ada satu ilmu teknologi EM berasal dari India yang dipanggil PANCHAKAVYA. Panchakavya ni merupakan ilmu pembuatan EM menggunakan 5 sumber dari bahan organik. 5 sumber itu ialah susu, urin, kulit, darah dan daging. saya pun belum lagi menjumpai guru panchakavya. kalau ada tolong perkenalkan.
haduii…!
Kita istilah PANCHAKAVYA ni pun baru satni dengor ni pulak nak minta kita perkenalkan gurunya.. ker gurunya dah ader depan mata ni ha..
saya tengah ikuti posting2 kat forum BJ tu, tapi memandangkan dah banyak sgt mukasuratnyer, maka jika ada soalan saya akan tanya kat sini je la kut.
dipersilakan…
saya pun dlm usaha nak mempertingkatkan kemudahan utk para pembaca dlm blog ni.
kat BJ tu ramai org berborak, maklumlah, itulah tempat saya melepak
Saya amat berterima kasih kepada penulis blok ini yang telah memberi kan petua dan resepi yang amat berguna untuk panduan saya yang sedang mencari-cari cara-cara untuk membuat baja kompos sendiri. Niat tu nak tanam sayur secara kecil-kecilan ditepi rumah, nak menafaat kan kawasan yang ada. Dengan cara ini dapatlah saya menikmati sendiri sayur yang ditanam sendiri. Sekian terima kasih.
Hashim – anak tani
terima kasih cik hashim kerana beri sokongan pada saya. Macamtulah harapan saya, spy pembaca spt cik hashim mendapati info di sini berguna.
jemput selalu ke blog saya cik hashim, buah fikiran cik hashim di alu-alukan..
sy ni baru terjumpa artikel ni.. boleh tak berikan sy cara pembuatan baja kompos dr sisa makanan n sisa sayuran…. itu pun kalau adala..
Petani Baru
saya ada satu artikel ttg kitchen waste bokashi ni,
omputih punya, buat bokashi dari sayuran & sisa dapur. saya akan emelkan pd cik mamat
assalamualaikum melor, saya pun kalau boleh nak dapatkan artikel dan resepi bokashi dari kitchen waste tu boleh? bagus la melor dah ader blog…senang sket nak bertanyae…saya niea dari bicarajutawan..
oh, niea ye.. selamat datang
saya excited member BJ datang
saya dah emelkan pd niea, blh cek emel.
Cik Melor,
Kalau saya mesin rumput, lalang, pokok-pokok menjalar kat kebun, boleh ke di buat baja organik, yang dicampurkan gula merah dan air, kapur (kapur makan ke kapur apa ya) dan Yakult?
Terima kasih kalau Cik Melur dapat membantu. saya baru jumpa site nie.
hi cik ko ah chie
boleh. saya dah buat. cikgu EM saya, En Salmi Lazim pun kata biasa dibuat org. konsep bokashi senang, apa saja sisa organik di sekeliling kita. tak semestinya rice bran, melukut @ zeolite.
saya dah buat dah, cik ko. bokashi tahi lembu gaul rumput2 kering/lalang. jgn surprise kalau susah nak gaul dgn penyodok. sebab daun kering bila berselirat rasa macam menggaul benang yang bersimpul. tp kalau dah reput nanti tak da masalah.
Assalamualaikum.
Terima kasih, ini pertamanya sy dp fourm tenteng EM/IMO. Ketika ini sy menternak ccg untuk pembiakan n penghasilan vermikompos. Sy mengunakan EM YG TELAH DI AKTIFKAN.
Sy secara peribadi ingin benar mempelajari EM dihasilkan supaya sy dapat mengunakan keatas projek sy. Sy gunakannya untuk rendaman bahan memproses media ccg n siraman keatas media.
Terima Kasih.
wa alaikumus salam, noriz
saya dan paklias dalam perangkaan utk buat kursus EM. mungkin lepas raya sbb bengkel dalam pembinaan. bila dah confirm baru saya war2kan.
saya pun maklum yg pengusaha cacing akan pakai EM utk reputkan bahan dulu. sebenarnya cik noriz, ramai pengusaha cacing contact saya utk blaja EM. terutamanya yg baru berjinak2 dgn cacing. malah saya tengok otai cacing pun merupakan otai EM juga.
Assalamualaikum.
Terima kasih. Sekiranya telah sedia sila maklumkan. Ternakan sy di alamat
OMAR MA ENTERPRISE
BT 22 1/4, JLN MORIB, KANCONG DARAT
BANTING, SELANGOR
KADERI:013-3656283
kaderi_norit@yahoo.com
terima kasih cik kaderi
saya amat gembira untuk memaklumknnya nanti pd cik kaderi.
Salam saya berminat nak ikuti kursus buat baja dan EM . Sekarang ni saya tengah pasarkan kompos dari cacing dan tanaman serai ,jadi saya berharap cik melor dapat menjemput saya bila kursus2 itu diadakan. Buat masa sekarang saya tengah fikirkan nak buat baja dari tinja kambing boleh tak bagi bahan yang perlu di campurkan
seperti zeolite ,Penghantaran macam mana pula.
boleh tak bagi cara2 yg detail utk mmbuat baja kompos organik scra besar-besaran trmasuk cara pengilangannya sekali?
tahu tak macamana nk buat baja organik yang berasaskan cacing?
zaminvest,
penghantaran pakai pos laju, bas ekspress atau lori, ikut kapasiti order tuan.
kalau pakai 25kg EM alfa-g, tambahkan 1 tan tahi kambing, gaul, peram seminggu paling baik. zeolite 25kg sudah mencukupi.garam tak perlu. tahi kambing kalau dibakar, akan menghasilkan garam. kurang cantik utk pembikinan baja, zaminvest.
kalau perkesempatan, datanglah ke lenggong. saya baru je bawa seorg pengusaha baja tahi kambing jumpa paklias. dia buat baja tp perlukan suntikan magis, so dia diskus dgn paklias bgaimana nak improve baja dia.
insya allah, saya akan jemput zaminvest. siap bengkel tu, kami akan buat perancangan teliti. jemput ke lenggong
cik syeda,
buat skala kilang ni perlukan pendekatan yg tak sama dgn buat bokashi blkg rumah sekurang-kurangnya saya perlu tanya beberapa aspek, contoh bahan mentah, machinery, kos, budget, dsbnya.agak byk nak dibincangkan disini. perlu customization, jd saya sarankan cik syeda datang ke lenggong atau hubungi saya di 014 2594 114. saya perlu berbincang utk ini.
insya allah saya akan sentuh pasal cacing. saya juga sedang dlm tempoh experimental dan perguruan. sila emelkan pada saya details cik syeda dan semua enquiry
Insyaalah kalau tak ada apa apa mkin saya akan berjumpadengan Cik Melor kat lenggong
lagi 1 boleh bagi senarai harga untuk Em dan Zeolite kerana saya betul2 berminat process buat baja
a’kum, saya pun berminat nak menghadiri kursus2 pembuatan EM atau baja organik.Kalu baca je, tak berapa faham sangat.
Ni no tel saya:0195595716
salam saiful,
insya allah saya akan war2kan bila sampai masanya. saya lebih2 lg teruja utk mengelolakan kursus
.
akum cik,
saya merupakan pelajar ipta,saya ingin mengetahui apakah nisbah sebenar campuran top soil dan tanah2 lain yang bersesuaian dgn tanaman2 kita sprt sawi,kangkung dll
bleh bg jnis senarai jenis baja kompos n organik yg dgunakan skrg x
terma kasih
saya pun kalau boleh nak dapatkan artikel dan resepi bokashi dari kitchen waste tu boleh? cik melur tolong hantarkan pada email saya
tq
Assalamualaikum..
Saya berminat untuk menyertai kursus baja organik ne diharap dapat manfaat dari kursus ni nanti..
salam,
boleh bg tahu saya macam ner nak join kursus nie?
tq
nk tnya skit..,
klu gn sisa makanan cthnya tulang,nasi atau lain2..,blh ka bnda 2 jadi baja kompos..?
klu blh tlg jwb secepat mgkn..plezzzzzzzz
Salam en impax,
Saya tinggal kat kolumpo. tinggal kt banglo, tanah besar tapi pokok hampir semua dh kene tebang, so padang luas je. saya teringin nak tanam balik pokok2 bunga kasi cantik balik laman saya. Kalau pakai daun2, rumput dan sisa lama, berapa lama baru nak siap kompos nih? terima kasih.
aizuddin,
soalan itu saya kurang arif. saya tidak tahu keperluan sebenar sayur2an. secara am, sayur2an berdaun bgt memerlukan banyak nitrat utk daun, dan mineral utk kecekapan penyerapan nutrien.
3 bhgn topsoil/sisa tumbuhan : 2 bhgn alfa-g/guano : 1 bhgn tinja haiwan. sudah mencukupi untuk buat bokashi bg semua jns tanaman.
aizuddin, saya akan hantarkan pada aizuddin artikel tsebut. ingatkan saya kalau saya terlupa
tq
api,
insya allah saya akan maklumkan. apa yg api harapkan / experience macamana api mahu kalau saya buat kursus?
noraz,
noraz ni otai vermi kan? jemputlah ke kursus. saya belum ada perancangan kursus bulan posa ni
yazid, xleh nak jwb segera la, minta maaf byk ya..:)
sume tu blh buat baja. bakar tulang2 tu, dia jadi baja CaP. nasi blh pakai, cuba cari resepinya dlm blog ni atau dimana2.
sisa makanan dah masak tak bolehla, cam kek, roti, sardin, gulai2 kenduri
rajin cik adil menanam,
cari tukang kebun je, settle kejap je
kompos cik adil blh masak dalam 7-10hari, pakai EM. tanpa EM kompos masak 2-3bulan.
EM alfa-g 1kg blh aktivate sampai 3 kali. 1kg IMO + 20liter air, peram 1 minggu. asingkan hampas, masuk 20l air lagi, peram 1 minggu. ulang kali ke tiga. 20liter aktivated solution tu blh dilute 500 kali sblm pakai
Link PANCHAKAVYA modified
Excerpt dr link kat atas:
“The present form of Panchakavya is a single organic input, which can act as a growth-promoter and immunity booster. It is essentially a product containing 4 kg gobar gas slurry, 1 kg fresh cow dung, 3 litres of cow urine, 2 litres of cow’s milk, 2 litres of cow’s curd, 1 kg cow’s ghee, 3 litres of sugarcane juice, 12 ripe bananas, 3 litres of tender coconut water, and 2 litres of toddy (if available). This will make about 20 litres of Panchakavya. The concoction is stored in a wide-mouthed earthen pot or concrete tank in open. Sufficient shade should be provided, and the contents should be stirred twice a day, both in the morning and the evening. In seven days, the modified Panchakavya will be ready, and it can be diluted before use on plants and animals”
Bolehlah Cik Melor kaji formulanya dan ubahsuai mungkin. Nubgkin terjemah uth mereka yg tak faham BI. Formulanya all-in-one baja dan pesticide. Saya tak kenal “gobar gas slurry” tu apa. Mungkin ada alternative disini.
Gas dari cowdung rupanya.
“facts about gobar* gas
Cow dung gas is 55-65% methane, 30-35% carbon dioxide, with some hydrogen, nitrogen and other traces. Its heat value is about 600 B.T.U.’s per cubic foot.
A sample analyzed by the Gas Council Laboratory at Watson House in England contained 68% methane, 31% carbon dioxide and 1% nitrogen. It tested at 678 B.T.U.
This compares with natural gas’s 80% methane, which yields a B.T.U. value of about 1,000.
Gobar gas may be improved by filtering it through limewater (to remove carbon dioxide), iron filings (to absorb corrosive hydrogen sulphide) and calcium chloride (to extract water vapor).
Cow dung slurry is composed of 1.8-2.4% nitrogen (N), 1.01.2% phosphorus (P 2 0 5 ), 0.6-0.8% potassium (K 2 0) and from 50-75% organic humus.
About one cubic foot of gas may be generated from one pound of cow manure at 75° F. This is enough gas to cook a day’s meals for 4-6 people.
About 225 cubic feet of gas equals one gallon of gasoline. The manure produced by one cow in one year can be converted to methane which is the equivalent of over 50 gallons of gasoline.
Gas engines require 18 cubic feet of methane per horsepower per hour.
*Hindifor “cow dung”
Kisah slurry kat sini
Ha!! cik ishak, inilah artikel yg memang menarik.
saya sendiri terlupa nak mencarinya di internet.
terima kasih kerana berkunjung ke booth saya di MAHA. saya amat berbesar hati dgn kedatangan ck ishak.
trm kasih kerana godek2 artikel dlm internet. at least kita tau apa panchakavya skrg. saya perlukan masa utk menghadamnya. panchakavya pun satu cara nak buat IMO.
Salam kak. Saya ingin mencuba proses baja sendiri utk tanaman serai. Saya cuma ada EMAS dan tahi kambing. Bagaimanakah caranya nak proses bahan2 ini supaya hasilnya optimum?
“buah betik diluar pagar….ambil galah tolong jolokkan..”
ok gak laman ni. tahniah buat pereka dan penulisnya. next time, aku datang lagi.
assalamualaikum, bolehkah emailkan saya bokasi omputih yg cik katakanitu. sayuran dan kitchen waste. tk, yg menghargai
md noh
katakan ko nak buat 100kg kompos
ko dilute EMAS dgn air nisbah 1:500, sediakan dalam 65kg
spray atas 100kg tahi kambing tadi, kelembapan dlm 65%. balik2kan. tutup utk 10 hari. balik2kan setiap 2hari. ikut kaedah dlm post tu
ok ke zul.
ko jangan lupa datang lagi esok
latty,
boleh. tp minta maaflah kalau lambat sikit ya.
Assalamuailaikom,
Tahniah kerana forum semakin meriah,selepas
habis MAHA 08,Bagaimana dengan Bio Active
Energy ? Melor dah mulakan ke belom ? Kalau
ada imfo bagus, tolong emailkan,bolehlah tambah
pengetahuan.
Feed back tentang Alfa-G amat memuaskan,
subur dan tembam ,mungkin akan datang
terpaksa order lagi kot.. Dah siap renovate umah? Sampaikan salam pada Pak Lias.
Semuga berjaya.
Salam. tq kak.
Mesti sibuk skrg kan? Sy try call pun xdapat:)
Sy dh cuba bancuh tahi kambing+kapur pertanian guna nisbah 2:1.
Tp EMAS tu sy tak cairkan. Terus spray 10liter EMAS pada baja dan peram dalam tong kedap 120liter.
Setiap pagi saya golek2kan tong tu supaya rata.
Akak rasa ok ke? Boleh ke terus guna EMAS tu tanpa dicairkan? Cukup tak agaknya?
askum. boleh x sy nak artikel pasal kitchen waste bokashi tu? sya sgt2 tertarik untuk mengetahuinya. harap dapat emel kepada saya. terima kasih
salam cik zulkifly
gembira rasanya dengar testimoni cik zul ni. adui, rasa nak menitik ayaq mata.
kebelakangan ni blm stabil lg cik zul, tu yg tak tercontact tu. nombor baru saya 019-462 9908 / 03. rumah blm siap lagi, internet xleh masuk.
pasal BAE saya akan cover perlahan2.. insya allah byk info blh dikongsi dgn cik zul .tqvm
md noh,
ye ke? awak call nombor saya yg hilang kot. nombor skrg: 019-462 9903/08.
kalau nak cantik skt spatutnya kapur 2 bhgn : th kambing 1 bhgn. tp blh je. tak cair emas lagi cantik, tp kos mahal skt la. kalau segi kos, tak berapa ekonomi tp mmglah cepat hasilnya, insya allah. setiap pagi golek2kan tong? rajinnya..
2 hari sekali pun ok.
cuba buka, hidu, lihat, dan rasa (dgn tangan ye). apa pemerhatian?
isyam
boleh. tp cakap awal2 saya agak lambat sekarang ni.. saya akan emelkan
Salam kak melor.
pagi tadi saya bukak tong baja tu bau sengit macam cuka getah. warna tiada perubahan. saya rasa kalau bau sengit macam tue bermakna cubaan gagal. betul ke kak?
Melor:
taklah. tak semestinya. Hari-hari yg permulaan mmg baunya sengit. sbb aktiviti mikrob mengeluarkan gas dan bendalir. kepekatan ammonia dan gas hidrogen sulfida pun masih tinggi. aka buat pun dpt camtu jg, tunggu 3-4 hari lg. bau akan kurang
suhu suam2 kuku.
Melor
Dia sepatutnya akan naik lagi pada hari ke -2 dan 3
Salam kak.
Baja yg saya buat tu dah masuk 3hari.Pagi tadi saya buka tong tuk lihat hasilnya. Warna kapur berubah seakan2 tahi kambing. Baunya semerbak sengit. Suhunya pula sejuk. Saya juga ada campurkan sedikit tahi ayam pure dari reban. Mungkin sebab tu baunya sengit kot. Apa pendapat akak?
Sy ada sikit soalan..
1. Apa fungsi kapur pertanian tu?
2. Ada byk gred kapur, so adakah apa-apa kekurangan kalau kita gunakan kapur yang murah warna kelabu tu?(GML).
3. Kalau saya siram EMAS tu terus pada baja(xguna spray) gunakan penyiram bunga, adakah akan menjejaskan hasil baja itu nanti?
4. Lagi ttg jerami padi tu. Kalau saya gantikan dgn rumput kering biasa atau napier boleh ke? Apa bezanya? Kalau rumput tu kering sebab diracun boleh guna jugak ke?
Maaf byk soalan. hope akak sudi menjawab:)
TQ:D
Melor:
macam ada yg tak kena je. sepatutnya lepas 3hari dia panas dan bau sengit makin kurang. Saya rasa mgkn..sbb adik tak masukkan makanan EM. tahi kambing + tahi ayam kandungan phosphate & nitrate dia tinggi. Ammonia dan gas hidrogen sulfida yg busuk tu pun byk. ni menggalakkan bakteria jahat beranak pinak. EM makan juga tahi kambing + ayam tu. tp mgkn sbb adik tak beri gula merah dan sisa tumbuhan, Em tak ada sumber tenaga. sekam padi cthnya membekalkan carbon utk tenaga, sama juga molasses membekalkan glukosa utk tenaga. jd mgkn EM dan bakteria jahat perlu bersaing utk makanan. patutnya kulapuk putih dah naik, tapi tak da kan?
blh oter balik. guna nisbah 3 bhgn sisa tumbuhan : 2 bhgn GML : 1 bhgn tinja haiwan.
1.GML/dolomite tu tinggi Kalsium utk neutralkan balik tanah/keadaan yg berasid.
2. yg murah skt maybe tak pure, campur tanah or pasir dll.
3. akak siram pakai penyiram tu la dik, tak de mslh
4. boleh ganti. apa2 sisa tmbhn. kalau yg dah diracun tu ada sisa kimia, bkn saja ia mencemar kompos tp jg tdk mesra dgn EM
Salam kak.
Memang sy tak ada masukkan molasses@gula merah.
Kulapok putih tu pon xder.
Sypon rasa ada yg tak kena sebab bau sengit tu tak hilang slps 3hari.
Nampaknya saya kena cuba lagi nih.
Ada soalan lagi.
1. Apa maksud ‘sisa tumbuhan’? Contohnya yg paling mudah didapati? Buah pisang boleh x? Yang basah or kering?
2. Berapa banyak pula sy perlu tambahkan molasses? Kalau dah ada sisa tumbuhan tu xperlu malasses pun xper kan?
3. Boleh ke gantikan molasses dgn gula merah biasa atau gula pasir?
4. Kalau tong kedap tu tak ditutup rapat, adakah ia boleh menjejaskan hasil baja @ EMAS?
5. Sebelum ni sy ada belajar buat rumput silaj. cikgu tu ada campur rumput dgn urea tuk tingkatkan protein kot. Boleh ke sy campur sikit urea dalam baja kompos ni? apa impaknya?:D
hehe..ni kira soalan esei tuk SPM nih:D
sorry kak…
oh ya kak..lagi soalan tertinggal..
Baja saya tu kira gagallah yek?
Tak boleh diselamatkan lagi ke?
Kalau saya tambah molasses dgn EMAS agak2 boleh jadi balik ke?
Sayangnya nak buang 2tong tuuu…hehehe
jgn buang tong tu dik, belumlah tak jadi sepenuhnya.
akak dah rujuk pada guru, dia kata baja tahi ayam mmg baunya busuk dan sengit. mmg begitu. kalau baja tu dah siap pun, mesti dia hancng sikit. baja kalau takda bau maknanya Em dia tak kuat, kurang jadi.
cuba ikut nisbah 1 2 3 yg akak bagi tu, takyah tambah emas lg, dah banyak tu, buh gula merah je.
1. sisa tumbuhan: btg pisang, jerami, rumput, sekam padi bla bla bla..basah takpe kering pun takpe
2. pakailah sikit molasses tu utk cepatkan tdkbls. buh 0.5-1.0kg
3.boleh.sama je molasses/gula merah
4.tidak
5.boleh. urea meningkatkan N dlm baja. tak mesra EM sgt tp blh buh.pokok makan lebih skt
Salam. tq kak.
Sy dahpun buat eksperimen kedua. Kali ni sy bubuh molasses 1liter+EMAS. hehehe..
Klu tak jadi gak…nasib ler…
So, skrg sy nak repair balik eksperimen pertama tu.
Sy nak tambah batang pisang dgn molasses.
Maybe nak sembur EMAS lagi sikit..(baru puas ati)hehe
Tapi kak, pisang tempat saya sekarang kena serang sakit batang la. boleh pakai ke? takut baja pun ikut sakit nanti..huhu..
Oh ye kak..berapa kos biasa untuk buat baja kompos ni yek?
Saje nak buat survey:D
takpa, blh pakai. akak pernah tanya paklias, dia kata takpa.
kos bergantung kat kita dik, tak sama. sesetengah bahan akak dapat free, cam guano, zeolite. pastu bgantung gak dgn berapa byk kompos yg kita buat? seguni ke, 10guni ke..bahan mentah beli banyak2 dpt harga murah.
senang akak bg hint, kalau kos akak 50sen/kg akak nak makan 100% profit maka akak jual pada harga RM1.
Salam kak..
proses pemeraman tu sebenarnya berapa lama?
ada kawan saya kata sebulan.
lama tuu…canner tu kak?
Salam kak..sori ggu..sy rasa kompos sy tak jadi coz terlebih kuantiti air. mungkin juga kurang udara? coz baja yg sama sy biarkan terdedah kat luar lebih menjadi dan panas. kulapuk putih pun banyak. minta komen akak.
salam md noh
cerapan kamu semakin baik. ia akan semakin baik berkat dgn minat & kesabaran.
penghasilan kompos tanpa kita memasukkan EM mmg lambat dan mengambil masa sebulan atau lebih. Populasi bakteria setempat dalam tanah mengambil masa yang lebih lama untuk membiak tanpa bantuan EM. EM yg kita masukkan itu adalah sebagai booster sbnrnya, sbb dalam tanah pun sudah terseda ada EM.
terlebih kuantiti air mmg blh mencacatkan proses fermentasi yg lengkap. terlalu byk air akan menyebbkan keadaan terlalu anaerobik utk bakteria aerobik melakukan kerjanya. Kelembapan yg baik utk buat kompos adalah pada 60-65%,iaitu bila adik kepal dia dan letak atas tanah, kompos tu blh duduk sekepal.
Kalau buat baja pakai tahi ayam, mmg baunya sengit dan hancing, even dah siap pun tetap ada bau hancingnya, cuma berkurangan. kompos yg baik akan ada bau hancing, kompos yg tak berbau maknanya Em dia tak kuat sangat. md noh buka penutup dia hampir setiap hari kan? dgn mengguling dan membukanya udara dapat masuk dlm baja.
kalau basah sangat, tambah sisa tumbuhan @ jerami/sekam/rumput. gula merah dah letak? jgn putus asa
Salam kak melor, terima kasih coz tak lokek ilmu…
smoga bertambah keberkatan dalam hidup akak:)
akak baru tukar template ke? patutler rasa lain jer..ingatkan tersalah blog tadi..hehe..
anyway…template ni nampak profesional n lebih kemas..tahniah!!
About baja yang terlebih kandungan air tu, saya dah keluarkan balik dan longgokkan kat atas tanah. Saya plan nak jemur 1hari supaya agak kering then masukkan semula. saya dah tambah gula merah n batang pisang(dicencang) haritue.
hehehe
Berdasarkan penerangan akak dan eksperimen saya tue, saya rasa punca utama kegagalan tu sebab terlebih kandungan air. Saya akan terus mencuba hingga puas. Tak sabar rasa nak genggam kompos yang hangat menjadi
Oh ye..sblm terlupa, baja yg terdedah hari tu suhunya suam hangat dan berbau kapur pertanian. bau tahi kambing hampir tiada. kulapuk putih pulak penuh membaluti butir-butir tahi kambing tu.
(susah nak kenalpasti either kulapuk or kapur yg balut t.kambing tu coz sy kurang selidik)
Insya’Allah petang nanti saya buat revision..
Terima kasih atas kerjasama akak yg tak jemu menjawab soalan saya nih..
hehe
Ada kesempatan nanti kenalah sy blanje teh tarik yekk
Oh ye..jemputlah jenguk ke entry sulong di blog baru saya
terima kasih, adik
teruskan usaha adik tu, boleh kita bertukar-tukar cerita dan akak pula belajar dari adik.
akak sudahpun menjenguk kelahiran dhonestfarm.blogspot.com dan merasa amat bangga md noh sudah mulai blogging. bertambahlah seorang blogger anak malaysia yang rajin berkongsi ilmu
Macamana kompos adik tu?
Selamat har raya akak ucapkan dan terima kasih banyak-banyak kerana selalu menyokong blog ni. Harapan akak awak pandai buat baja sendiri lepas ni.
[...] rujuk post terdahulu : RESEPI BAJA KOMPOS / BOKASHI untuk mengambil resepinya. Resepi ini boleh dipakai untuk semua jenis tinja haiwan, samada kelawar, [...]
boleh x buat blog cara-cara asas membuat baja kompos dan cara orang kampung buat baja @ pengurusan baja kompos boleh tak….saye nak tahu lebih sikit..
peratus bahan-bahan yang digunakan untuk membuat baja kompos.dari ukuran tapak,sampai persiapan..
terima kasih anis kerana berminat
sebenarnya soalan anis tu, anis blh relate dgn resepi di atas tadi. bahan asas adalam EM, gula merah dan sekam padi. bahan tambah untuk menguatkan prestasi kompos adalah tambahan2 lain.
adik boleh mengira peratusnya dari resepi tadi, kalau sebeg tahi ayam =50kg, maka yg lain2 blh kira.
kiraan ini sudah cukup ringkas untuk menghasilkn baja kompos. malah ia memberi sedikit kualiti dalam baja kita. tak perlu ukuran tapak, buat kompos tak susah
salam….blh tak sy tau campuran batu-batuan utk buat bmw.?lg se nak tau sy confius ngn maksud benih berkelembapan tinggi.blh cik bgtau x berserta ngan cth.
salam
1. brp harga em tu 1liter
2. kat kedai camne nak beli em tu
3. lau guna bekas tangki air 100liter tu, brp kg tahi kambing, brp kg sisa pertanian, brp byk em, brp kg gula merah n brp byk air.
4. cara n kuantiti bajai pokok pisang n pokok buah camne guna baja ni
tq
ape bende em1 yang 20 ml?
melukut tu mane nak carik ye melor
bahan asas utk baja kompos tu EM, gula merah n sekam padi. kalau sekam padi tu yang dah bakar boleh ke tak?
salam cik melor,
saya baru nk buka industri baja organik dibrunei jadi saya amat perlukan maklumat tentang keladak sawit apa kegunaannya,jerami sawit,slash sawit…adakah?perlu dicampur dgn bahan lain…ketiga tiga bahan ini apa yang sesuai untuk padi,dusun buah buahan ,sayuran2 dan pokok bunga.
sekian
sy nak bertanya skit jer…baja yg saudari maksudkan ner brapa lama nak siap?…
Sy sdg.merancang nak buat baja organik. Klu adakan krusus pls call sy.0166225915. Utk.tanaman jenis sayuran dan bungaan apakah banahan asas yg perlu ada?
salam melor.
nak tanya…
air hujan yg direndam ubi kayu (yg dah direbus) didalamnya, boleh guna sbg baja tak? air tu dah bau tapai. saya dah campur EM. lepas beberapa hari, kat surface air tu ada mcm whitish/greyish mould.
tapi tak berapa berani nak guna air tu sebagai air siraman pokok.
apa pendapat melor? selamat ke (ie. tak mati pokok), nak guna air tu ? kalau selamat, perlu tambah apa2 lagi tak, utk lebih effective sbg baja?
TQ
bagai mana pula jika kita guna tahi kambing..?
EM1@ IMO alfa-g ni ada jual kat mana?
Salam Melor…
Harap sihat sejahtera,
nak tanya…
Habuk beras yang macam tepung kat kilang beras tu boleh tak dibuat baja? sayang lah nampak mereka ni buang je habuk tu!
Pak Lan
@017-881 3597
saya hadapi masaalah dengan pasaran boleh ka cik beri saya 1 jalan di mana saya dapat jual baja-baja yang telah terhasil harap dapat bantu dengan segera
assalam melor,kak yus dh cba buat gn..
3kg timun
2kg pisang
1kg buah dokong
11/2 gula merah
segengam zeolite
air-serata buah cincang…
hasilnya selepas 2mggu
berbau masam2 manis mcm bau buah langsat gitu..
xmsm sangat…xla jadi ke tidak..
buah2 dan timun kwn psrmlm yg bg..brg free
tlg komen sikit..
lg satu ,kak yus xtau nk pggl baja apa
yg kak yus buat nie.mini fertigasi dh nk mula.
harap teman2 tlg doakan agar projek mini nie menjadi.
350 btg pokok je.
melor tlg bgtau bila tarikh baru kursus kt kl
Assalamualaikum wrwb.
Ada beberapa soalan:
1) EM-1 tu mana boleh didapati?
2) Saya ada tempat untuk dapat bekalan tahi kambing murah. Boleh ke tahi kambing ni digunakan sebagai ganti tahi ayam untuk dijadikan baja kompos?
3) Saya ni asal Kuala (K Kangsar) tapi sekarang menetap di Seri Manjung. Boleh beri alamat ke tempat melor, boleh juga berziarah kalau ada masa balik ke kampung tu.
TK atas respon
Oh ya, satu lagi….
Dedak dan melukut untuk buat bokashi tu mana nak dapat sekarang ni? Atau memang ada pembekalnya? Boleh tahu harga?
tiada pembekal yg saya tahu, saya ambil di kedai kat kedah. mungkin cik zain perlu ambil di kilang
salam zain
1. saya ada jual EM, nak berapa liter?
2. boleh, tahi kambing mmg popular, bagus baja th kambing ni
3. sila datang. alamat saya lot 521, kpg kubang jambu, lenggong
jadi kak, insya allah..bau dah bagus.
bagus timun banyak air, pisang byk hormon, akak pakailah, dah masak dah tu
baja semburan. pokok cili ke kak?
kursus kali ni pada 25 april, minggu ke tiga di coronade hotel bukit bintang
emelkan pada saya info baja dan harga.
pergi ke forum2 utk promote barang. masalah pasaran adalah isu yg kita sama-sama hadapi, tidak boleh lari. tiada jalan mudah kecuali menjadikan diri anda dikenali ramai. begitulah teknik pemasaran yg baik.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu dilaman web ni. Camana kita nak tau yang baja kompos dihasilkan benar2 menjadi. Selain dari tengok fizikalnye ada tak alat untuk mengukur ketepatan baja?
Harap Cik Melor dapat menjawab soalan bila ada kelapangan.
Terima Kasih.
Nak Melor, rasanya saya belum dpt rply lgi dari nak Melor tntng Habuk Beras dan baja terbaik serai. Harap dpt rply! Itu pun klu ada free lah! Atau ada tk cara terbaik proses baja utk serai.jgn lupa okey!!!
Salam dari Pak Lan
Salam semua, apa yang saya perasan setelah membaca macam2 pertanyaan ada yang bertanya tentang EM tu. Mana nak dapat, berapa harga dan cara guna. Okey! just nak beritahu jika ada yang berminat di kawasan Selangor boleh lah hubungi saya jika ada yang berminat nak beli EM. Saya akan tunjukan cara pengunaan pada ternakan, tanaman dll. Sian kat nak Melor tak terjawap semua soalan yang bertalu-talu. Saya sarakan pada semua pelawat blok ini agar sama-sama kita berkomunikasi. kolanmaa@hotmail.com @ 017-881 3597 Salam….dari Pak Lan
hi zuber
blh guna telur ayam utk cek masak atau tak. cara guna tips ni saya bagi di http://www.bokashifarmer.info/2009/04/bokashi-composting-recipes/
pak lan,
aiseymen..sori paklan. lama tunggu. habuk bers bagus sbb byk EM. pakailah, elok sangat. pak lan pakai je resepi ni utk serai, tahi ayam la bagus utk pokok banyak daun. paklan akan nampak sendiri kesannya sbb resepi ni lengkap kandungan nutrisi dia. petani jepun punya ramuan
hehe
tulah, setakat ni saya blm menyediakan perkhidmatan utk EM. nak hantar seliter2 tu agak masalahskt bagi saya, pada masa akan datang ada perancangan.
bila ada kursus dalam masa terdekat di kl?
salam kak melor selama nie lebih kepada baja kimia.sekarang nak beralih kepada organik.ada sikit2lah pengetahuan berkenaan em,bokashi.cara membuatnya belum cukup ilmu.nie yg nak kena menuntut.berkenaan beras patah.dekat johor nie tahu mana leh dpt.kak melor boleh dptkan.nak cuba juga nie
terlupa nak tanya saya ada cuba jadikan em kepada emas,dgn niabah 1:2:20 iaitu 1lit air,2lit molases dan 20lit air.saya gunakan tong air sabun 25lit.cerita sikit lah saya dah cuci bersih.cuma bau sabun aje.masukan air dan anticlorin peram 3hari kemudian saya masukan molases,goncang sebati dan curah em, tutup mcm biasa.apa yg berlaku em tu tak megeluarkan gas.dan bau masam dah bercampur bau shampu.wangi2 masam jadinya.gelak juga saya.jadi cukup z hari.saya tak dapat pastikan jadi ke emas saya tu.boleh kak melor,ceritakan sikit emas ikut spec.
hi cikgu zul
23 Mei ni di KL. saya ada emelkan info pada cik zul
tak berapa relevan kalau saya yg dpatkan, sbb johor tu jauh utk logistik mahal dari barang.
cuba otakduit gi cari kat kilang padi/beras. lagi murah dari beli kat supplier
boleh dik, boleh. akak kan expert. you know..
lupe dah kandungan antiklorin, tp antiklorin pun kimia. kalo ader antiklorin alga nak tumbuh tak..;) klorin maybe takde tp ada 3 bhn kimia dlm air, maybe dah suppress kekuatan EM sebenar. still bole pakai.
kalo tak tutup airtight takde gas yg develop dlm tu.
bagus idea adik ni. kesimpulannya hanya jauhari yg mengenal manikam
Salam Melor,
Dedak dan Melukut adalah bahan asas yang digunakan dalam resepi ini. Tp kat stengah2 tempat amat sukar utk mendapatkannya. Bolehkah digunakan bahan lain untuk menggantikannya.
Mungkin melukut kita guna beras biasa. Dedak???… bolehkah lebihan nasi yg dikeringkan digunakan sbg bahan ganti. Ataupun Melor mempunyai cadangan bahan ganti yang lain serta mudah diperolehi dlm kuantiti yang kecil. Mungkin ramai yg seperti saya yg lebih tertumpu kpd pertanian skala kecil utk keperluan rumahtangga dan hobi.
boleh. saya juga suka dapatkan melkut dan dedak. apa yg saya buat, saya tak pakai langsung kedua2 bhn ni. kalau nak ganti, gantikan dengan apa saja sisa organik, contohnya lalang/rumput. lalang akarnya banyak gula, lbh byk dr tebu. elok utk pembiakan EM. Hampas kelapa pun ok. Beras biasa pun boleh
Ya nasi pun boleh, nasi amat digemari bakteria. pulut lbh baik,byk kanji. sesuai utk skala gardening dan kegunaan sendiri, tak mahal.
hai kak melur nak tanya…. saya nk buat em bokashi dgn mgunakan hampas tebu…. bhn tambahan sy campur tahi ayam, sekam padi bakar dan EMAS…. brapa kg bahan2 yg patut sy guna untuk 500ml EMAS yg digunakan???
salam kak .erol ni .nak tanya la kak ,kalau kita tak pakai dedek blhedek pon da mahal bkh tak kak ,dedak pon da mahal la kak ,lagi satu kak ,sy tanam terung dan kacang yg kena makan ukat tu saya buang ,bagai mana cara nak buat baja orgnk untuk bahan2 tersebut,tq kak