
Hampir 2 tahun umur Bokashi Farmer, saya amat bersyukur dengan sambutan orang ramai terhadap blog ini. Setiap hari hampir 250 orang mengunjungi blog ini dan sekurang-kurangnya dapat 1 komen setiap hari. Itu yang buat saya berhutang tu bila tak jawab-jawab komen ;P
Perpindahan ke laman web baru di www.bokashifarmer.info
Untuk pengumuman, blog ini akan berpindah ke hosting baru secara rasmi pada 15 April 2009. Maknanya Bokashi Farmer akan bertukar ke alamat laman blog yang baru iaitu www.bokashifarmer.info.
Dot info ya, bukan dot com. Dot info tu untuk blog, banyak informasi, aktiviti dan tips-tips percuma. Bokashifarmer Dot com pula saya bangunkan laman itu sebagai minisite untuk kursus yang saya anjurkan.
Manakala blog ini lebih santai, saya akan memaparkan pandangan peribadi, perkembangan terbaru atau info-info yang boleh dikongsikan dengan khalayak tempatan. Saya tidak menutup blog ini, cuma semua penulisan ilmiah termasuk komen dan gambar saya pindahkan ke hosting baru.

Wajah terkini:

Dari local ke persada global
Yang lainnya dengan rumah baru ialah ia blog berbahasa inggeris. Bukan Akademi Fantasia 7 saja yang nak buat transformasi, saya pun transformer juga. Ialah, kalau nak berjaya kenalah bersungguh-sungguh.
Irfan Khairi pun ada menulis dalam bukunya, memiliki hosting sendiri amat penting dalam perniagaan. Macamana konsultan boleh buat pejabat di tapak setinggan! Jadi, macam orang yang baru mula kerja di luar sana, mula-mula sewa bilik. Bila dah senang sikit boleh beli rumah. Samalah saya.
Tujuannya supaya kita boleh pegi global. Blog composting mat saleh lagi power-power, bukan kita nak jadi mereka, tapi dari local kita melangkahlah ke era global pula, ambil peluang tanpa sempadan ini. Sunyilah saya kalau ke rumah baru sorang-sorang, rakan-rakan joinlah sekali. Nak tinggalkan komen dalam bahasa melayu pun tak apa.
Kita sama-sama ambil platform ini untuk menjelajah lebih luas dan mengenali suasana baru. Harap rakan-rakan masih beri sokongan pada saya.
Anda juga dijemput menghantar artikel ke ezine tersebut