Tujuan sebenar saya mengadakan kursus online percuma OHN ni adalah untuk menghargai rakan-rakan online yang sudah rapat dan amat berminat dengan topik yang saya bawa disini.
Kehadiran rakan-rakan online yang rajin komen dan membuka blog ini amatlah saya hargai. Sebetulnya saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Yang mengharukan itu apabila ada yang tak dapat hadir ke kursus, tapi rajin sekali menelaah tulisan saya. Timbul rasa nak memberikan sokongan semula.
Sebuah blog tidak ceria tanpa komen dan rakan-rakan. Malah ada pembaca blog ini yang sudah cam beberapa nama yang selalu komen disini. Lingkungan sahabat di internet ada impaknya sendiri, ada sahabat yang kerap menelefon, ada yang membimbing hal-hal teknikal internet, ada yang bersahabat sejak zaman forum di bicarajutawan.com, ada yang menyumbangkan buku, bahan dan pelbagai lagi. Semoga keakraban ini berterusan dan ada aktiviti susulan yang boleh diatur selepas ini.
Saya akan menjawab setiap soalan yang berkumpul di post-post terdahulu, harap tidak berkecil hati. OHN adalah asas baja organik. Harapan saya dengan memahami asas, anda boleh membuat banyak lagi. Part yang menjadi rahsia disini hanyalah result OHN. itu rahsia yang saya tinggalkan untuk anda kupas sendiri.
OHN bukan ilmu baru. ia amalan kuno pertanian dan masih diamalkan oleh sesetengah petani organik di rantau Asia. Googlekan ‘ginger-garlic extract’ dan anda akan bertemu lebih banyak info. Selamat beramal!
Salam Melor
Terima Kasih kerana sudi berkongsi ilmu selama ni…
Smoga terus maju jaya
Melor:
Selamat maju jaya untuk kau juga, tobie
thanks mahaguru melor
melor:
thank you, friend.
harap faris masih sudi memberikan sokongan
Melor,
OHN ibarat ‘insurance” bagi tanaman. Ia membina system immunity pokok. Bertindak sebagai ‘pest repellent’ dan ‘disease prevention’.
Terima kaseh daun keladi,semoga bertambah lagi rezeki
sm
melor:
terima kasih uncle sopie. banyak ilmu yang saya dapat dari uncle sopie, tuhan saja yg membalas
ASW..
Akhirnya selesai juga kursus online percuma OHN ni..
Suspen gak tunggu!!
Kot kot cikgu dah tak sudi masuk kelas lagi.. Sibuk buat persediaan utk kursus yg sedang diatur tentunya.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesungguhan dan keikhlasan Melor menyampaikan semua ilmu berkaitan OHN dan juga bahan bahan yg ditulis dlm blog selama ini.
Teruskan perjuangan anda.
Semoga Allah sentiasa bersama anda hingga kepuncak kejayaan.. Aminnn
Maaf salah ID..
ASW..
Akhirnya selesai juga kursus online percuma OHN ni..
Suspen gak tunggu!!
Kot kot cikgu dah tak sudi masuk kelas lagi.. Sibuk buat persediaan utk kursus yg sedang diatur tentunya.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesungguhan dan keikhlasan Melor menyampaikan semua ilmu berkaitan OHN dan juga bahan bahan yg ditulis dlm blog selama ini.
Teruskan perjuangan anda.
Semoga Allah sentiasa bersama anda hingga kepuncak kejayaan.. Aminnn
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kerana dapat menyebarkan pengetahuan membuat baja kepada orang ramai. Secara tidak langsung ianya dapat membantu mengurangkan perbelanjaan membeli baja yang terlalu mahal harganya sekarang ini. Saya bekerja di PPK Kinta Selatan Batu Gajah, sekiranya pihak kami menjemput cik/puan melor untuk memberi kursus di tempat kami bagaimana perkiraannya.
Salam melor,OHN saya agak lama diperam,Saya gunakan molasses boleh kah cikgu melor?
Dah update lawatan kami ketempat melor di lawan web UAC.
hello I am from indonesian, see my blog is beautiful, the article is very interesting, see the http://www.herbaqu.co.cc
terima kasih yg teramat. diharapkan dapat menghalalkan ilmu yg dicurahkan. semoga diberkati dan dirahmati dengan kelapangan segala aspik dlm membawa amanat dunia ini.
“Macrobiotics is not a diet. Macrobiotics is an orderly approach to diet and lifestyle. Through principles of harmony, balance and change we continually learn how to make healthier choices in our eating habits, diet, activity and lifestyle.
Macrobiotics is also based on the understanding that spiritual health, the development of endless appreciation for all of life, leads to mental, emotional and physical health. The healthy choices we each make on a daily basis also benefit society and the environment.”
-Denny Waxman
first time aku membuat baja organik
campuran hampas kelapa yg aku keringkan
tahi kambing 18litr
em emas 1.7ltr
hampas kelapa 36ltr
tapai pulut yg kusimpan selama sebulan .8ltr
rumpai laut yg kuperam 3bln .8ltr
dah kucampur dan peram
ingat nak campur ngan hampas kelapa bakar minggu depan
tapi nak tengok yg nie dulu ade perubahan ker dak
ade yg jadi masaalah tahi kambing tak hancur
harap2 ade perubahan lah
hari nie cukup seminggu
keadaan baja nampak ade perubahan
tapi tak ketara sangat
ila di buka shaja terdapat kulat warna putih dan berbau tengek.tak tau aper sebab nyer.warna tiada perubahan. dan suhu tu tak lah tinggi sangat.
minta pendapat semua.
apakah sebab hampas kelapa mengandungi minyak?
em mas yg aku buat dari campuran air terjun.
aku campuran arang dari hampas kelapa yg di bakar
ok jumpa minggu depan