KURSUS ONLINE percuma!!

KURSUS ONLINE PERCUMA : PENGHASILAN BAJA ORGANIK

Anda amat berminat untuk membuat baja sendiri, tetapi tiada panduan asas yang mudah diikuti? Jom ikut kursus pendek secara online bersama saya selama 15 hari untuk membantu anda membuat baja dan memberi panduan bagaimana cara untuk mencerap potensi bahan dan kegunaannya.

DAFTAR HARI INI!

Kursus ini akan bermula hari isnin minggu hadapan (24 NOV 2008), kepada bakal peserta yang berminat untuk menyertai bimbingan asas penghasilan baja organik ini sila daftarkan diri anda di post ini. Cuma nyatakan kesediaan anda untuk menyertai kursus ini. Lagi ramai, lagi baik. Tujuan anda ‘mendaftar diri’ adalah untuk ‘check in’ penyertaan & komitmen anda dan mudah untuk saya selia progres anda dari awal lagi.

PERSEDIAAN KURSUS ONLINE

Didalam kursus ini kita akan belajar membuat sejenis baja larutan @ ‘foliar spray’ yang bernama Oriental Herbal Nutrient (OHN). OHN yang akan kita buat adalah menggunakan halia, bawang putih dan gula merah.

Peserta kursus yang berminat dikehendaki menyediakan:

a) 250gram bawang putih

b) 250gram halia

c) 500 gram gula merah

1 balang kaca ( untuk memuatkan 1 kg baja OHN)

Hari isnin depan kita akan buat baja 1:1, selangkah demi selangkah. selama 15 hari anda akan dibimbing dengan konsep, diskusi, teknik mencerap bahan, cara penggunaan serta cara ‘upgrade’ yang mudah dan ringkas.

PELAJARI TEKNIK MENGENALPASTI KUALITI BAHAN MENTAH

Selama 15 hari, anda akan dibimbing untuk belajar memerhatikan sesuatu dengan perspektif yang berbeza, berfikir diluar kotak dan bermain-main dengan bahan yang anda selalu lihat, tetapi ‘gagal’ untuk ‘nampak’ nilainya yang sebenar.

Bersedialah untuk menyahut cabaran 15 hari ini dan rebutlah faedah ini dan buatlah baja bersama kami. 

JADILAH BATCH PERTAMA KURSUS BOKASHI FARMER SECARA ONLINE! 

About these ads
Tagged

50 thoughts on “KURSUS ONLINE percuma!!

  1. wildorc_ktn says:

    Melor,
    Saya hendak menyertai kursus online penghasilan baja organik.

    wildorc_ktn

  2. Tobie says:

    Salam Melor:)
    Saya berminat menyertai..
    Cuma minggu depan ni program agak padat..
    Kalau boleh saya jadi peserta sampinganpun ok juga..
    Sebelah siang full time utk program persatuan..
    Kami sedang rush membuat persediaan utk mesy. agong awal tahun depan.
    Kalau ada masa pun biasanya sebelah malam lah..
    Risau juga kalau tak dapat beri komitmen dari segi masa nanti :(
    Terserah pada sifu nak terima anak murid ni ke tidak…
    ‘aiman tak kesah’ :)hehehe

  3. naim says:

    ok….saya sertai bersama……satu pertanyaan….gula merah yg mana satu?? gula kerek bole ke?

  4. Zahlan Abd Karim says:

    ok… saya bersedia mengikuti kursus onine ni

  5. MELOR says:

    wild_orc, saya amat berbesar hati. anda dialu-alukan menyertai kursus yang menyeronokkan ini

    tobie
    tentu sekali saya menerima awak! saya tahu tobie akan sahut cabaran ni. jangan risau tentang komitmen…kursus ni sekadar suka-suki…senang je nak buat, semudah membaca blog. cuma saya nak guide tuan-tuan senang, bila tuan-tuan tak faham senang berinteraksi nanti, sbb kita buat sama2. setakat isi masa di malam hari dgn mengunjungi blog saya saja :)

    naim
    cik naim! selamat datang. bagus soalan cik naim tu, itulah niat saya sebenarnya bila mengajak tuan2 menyertai bimbingan percuma ni..utk guide dgn jelas apakah bahan, benda dan proses yg kita nak gunakan..itu saja.

    gula merah ni gula warna perang/coklat yg belum diproses jadi gula putih. unbleached sugar/ brown sugar kat kedai tu orang pakai buat kuih tu..

    cik zahlan
    selamat datang dan selamat menyertai :) kalau ada apa2 yg kurang pasti blh tanya saya

  6. Tobie says:

    tengkiu Melor..
    1st soalan…
    balang tu diganti dgn tupper ware boleh kan?
    dan apa sebenarnya tujuan bekas balang tu?
    2nd question : apa manfaat/kegunaan OHN?
    last question : baja OHN ni tak perlu guna EM ke?
    tu jer:)

  7. udeenx says:

    melor..nak join bley?hehe..baru tahu gula merah yang mana satu..ingatkan gula kerek gak..nisan kerek orang kelantan panggey..rupenya gula warna merah tuh..hehe

    cmner dengan aturcara dan prosedur kursus neh?lum phm sebenarnya bagaimana ia berjalan..saya free all the time..he

  8. dairul_ali says:

    Salam Melor nampaknya saya tertinggal bas lah.saya nak belajar cikgu melor,boleh?patut le bz je cikgu ade kelas.

  9. kamarul1978 says:

    kawe pon nak join .. byk lg nak kena belajar

  10. Syahman says:

    Salam cik melor. Em,, menarik ni. aku joint boleh?

  11. MELOR says:

    tobie
    boleh guna tupperware. tapi untuk kursus ini kita guna balang kaca dulu, ada byk hikmahnya. kurang pencemaran dan mudah nak cerap perubahan tanpa perlu dibuka2 selalu. saya ada tambah ulasan di post terbaru.
    huhu, laju betul soalan kau tu, OHN untuk kekuatan sistem imun pokok, insect repellant dan baja. kita akan pergi setingkat demi setingkat setiap hari.

    udeenx & cik naim
    gula kerek boleh pakai gak..tu buat dari nipah kan? janji dia asli. gula kerek boleh mencair macam gula merah tak?

    dairul
    mari mari, awak dialu-alukan. tak tertinggal baslah, dairul naik bas awal hari ni :)

    kamarul1978
    mu ni suko blaja, buke tok ghoti buak, ustak..silo silo

    syam
    jemput syam, saya berbesar hati syam nak join..kita sentiasa menyokong rakan2 :)

  12. udeenx says:

    gula kerek boleh pakai gak..tu buat dari nipah kan? janji dia asli. gula kerek boleh mencair macam gula merah tak?

    yup,boleh mencair..

  13. Syahman says:

    Weh, ko ada cara tak nak bikin em? aku plan nk bikin sendiri lah..

  14. Syahman says:

    Camne yea aku nak daftar?

  15. terrarosa says:

    saya pun nak join jugak…
    Udeenx yg promote…
    balang 0.5 kg x 2 , bleh ?
    nak guna balang milo ni :)

  16. MELOR says:

    syam
    simple je, ko dah pun mendaftar :)
    cek emel aku ada hantar artikel

    terrarosa
    hehe jemputlah join sekali, ada terrarosa barulah meriah lagi kelas kita ni :D
    boleh, janji balang kaca, takda chemical reaction

  17. Khairul says:

    Assalamualaikum Kak Melur,

    saya kagum ngan ketereran serta keikhlasan kak melur ntuk mengajar,

    harap saya leh join lagi kursus ni, banyak ilmu yg saya harap dpt cedok dari kak melur.

    Thanks

  18. rumpuntani says:

    assalamualaikum,
    Macamana nak daftar? adakah saya dah daftar sekarang ni, melor?

  19. MELOR says:

    wa alaikumus salam cik khairul
    terima kasih kerana berminat :)
    saya tak layak nak mengajar marzuq farming, marzuq farming dah maju dan keluar selamat pagi malaysia lagi
    kalau cik khairul berminat saya amat mengalu-alukan

    rumpuntani
    waalaikumussalam. rumpuntani dah pun mendaftar diri :) bagitau anda berminat, semudah itu saja.

  20. rumpuntani says:

    apa langkah seterusnya lepas ni? Apa yang nak kena buat?

  21. udeenx says:

    sabarla bro..kursus start isnin nie..sediakan barang dulu

  22. AHMAD SUKRI says:

    Hi,

    Ada melayari forum BicaraJutawan berkenaan topik EM dan Bokashi. Saya juga berminat tentang ini. Harap dapat didaftarkan saya sekali.

    Terima Kasih

    madkry

  23. MELOR says:

    huhu, rumpuntani dah tak sabar2 lagi tu udeenx

    madkry
    jemput join sekali :) jgn malu-malu

  24. Abd Ghani says:

    mendaftar ni adalah sebagai satu komitmen dari kita untuk diri sendiri. jadi kita lebih serius nak buat. yelah, benda free ni kadang2 kita buat sambil lewa.

    dan mendaftar ni jugak sebagai satu suntikan semangat pada penganjur. sekurang2nya dia tahu ramai yg berminat dan serius dlm mencedok ilmu yg dicurahkan.

    jadi, dgn mengepos disini, dan menyatakan minat, kiranya dah mendaftar la. oleh itu, jgn lupa saya ye cik melor. :)

  25. taman rohani says:

    salam..tahniah dan syabas kerna ada anak muda seperti anda dan saya yg meminati bidang ini..saya amat berminat utk menyertai khursus anda cumanya saya tdk ada internet di rumah nk online..ni pun skadar kat cc..so hope dapat membantu saya walaupun x dpt bersama …

  26. MELOR says:

    ya gitulah sebenarnya cik ghani
    cik ghani memang pandailah, blh tafsir tujuan saya
    selain itu, ia juga percubaan saya kepada keberkesanan kursus online, kalau blogger macam kita ni nak buat bisnes mcm ni satu hari nanti..market research, macamtulah

    cik ghani dijemput dengan sukacitanya. saya mmg mengharapkan penyertaan cik ghani sbb selalu bg sokongan :)

    taman rohani
    ye ke..saya juga pernah berada di tahap awak, nak mencari jawapan kepada segala persoalan, mengenali ilmu baja semuanya buat di cc. awak sentiasa dialu-alukan :) bersungguh-sungguhlah awak ambil kesempatan ni

  27. Sahal Jaman says:

    ASW..

    Selamat pagi Melor,
    Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan anda menganjurkan kursus minggu lepas. Saya begitu teruja melihat peserta yg ramai berminat mengikuti kursus tersebut.

    Saya agak terlewat mendaftar utk kursus online ni.. Kalau masih dibuka saya ingin mendaftarkan diri utk mengikutinya.

    Terima kasih. Semoga segala usaha kita semua diberkatiNya.

  28. jefly says:

    Assalamualaikum…Cik Melor…
    Saya sangat -sangat berminat utk menyertai kursus online percuma ni..harap dapat menyertai kumpulan berikut…moga dapat menambah ilmu pertanian dari cik melor..
    terima kasih ye..

  29. MELOR says:

    huhu cik sahal, saya gembira cik sahal nak join :) tak terlambat pun..hari ni bleh buat dah :)

    jefly
    wa alaikumussalam.. sila la sertai kami. kursus ni cuma aktiviti masa lapang je..tp seronok bila buat ramai2

  30. faris says:

    salam melur.. saya nak join sempat lagi dok?? tolong la ajarkan saya

  31. bahar says:

    Assalamualaikum Cik Melur.

    Saya ketinggalan keretapi. Masih ada peluang kah lagi untuk turut serta?

    Terima Kasih.

  32. MELOR says:

    cik faris, cik bahar
    sila..sila..
    sila ambil tempat duduk, jgn malu-malu
    ada apa masalah bagitau saya :D

  33. dolms says:

    Melor, saya pun nak join sama, walau pun dah lambat skit..

  34. dolms says:

    Kalau balang kaca takde, balang plastik boleh guna tak?

  35. MELOR says:

    bro dolms, jom join..:)
    kalau takda jga, plastik pun blh la..

  36. Mohd Ghazali says:

    Salam,
    Cik Melor,saya pun nak join gak, harap melor tak kesah ,kerana saya baru jumpa blog ni.

  37. zulkifly says:

    Assalamuailaikom, Melor,

    Tahniah berjaya mengadakan kursus yang pertama,nampaknya web kamu sekarang semakin ramai pengunjungnya,syabas seorang anak bangsa yang berani dan berfikiran jauh muga bertambah berjaya,anak murid kesayangan Pak Lias.

    Saya berminat untuk mengikuti kursus on line kiranya ada kekosongan.

  38. MELOR says:

    cik ghazali
    silalah join, lagi byk penyertaan lg meriah :)

  39. MELOR says:

    cik zul
    lama tak dengar cerita, tgk facebook nampaknya ada di dubai?
    cik zul dialu2kan, jemputlah bsama rakan2 lain :)

  40. azmi taiping says:

    Saya nak join juga

  41. MELOR says:

    huhu cik azmi jemputlah sekali. cik azmi ni byk dah dapat ilmu di rmh paklias :)

  42. khazwadi says:

    Assalamualikum cik Melor.

    Saya Mohd Khazwadi BIN Ab wahab ingin menyertai krusus ini. Sy lambat daftar botol kaca x Jumpa Semalam. Hari ni dah jumpa Bekas isi Kuiah Raya.Saya harap dapat terima sy sebagia anak Murid Cik Melur.Jika x Terima Sy akan kelenggong untuk merayu.

  43. Mohd Ghazali says:

    salam ,
    cik melor , gula merah boleh ke di gantikan dengan dari air tebu yang telah di masak sehingga menjadi pekat keperangan-perangan.

  44. zurairi says:

    salam cik melor.saya pun nak join la.harap xterlambat lagi.

  45. zurairi says:

    banyak yang saya nak tau pasal em ni cik melor.dapat la jg kurangkan pengaliran beli baja untuk kebun sawit ayah saya.harap cik melur boleh tunjuk ajar.OHN ni boleh guna dkt kebun sawitkan cik melor?

  46. MELOR says:

    cik wadi
    alahai, sorilah lambat reply koen i post ni,
    cik wadi ni lg terer, dia submit tugasan sampai ke rumah saya :) siap bagi buku dan sebotol madu lebah asli. hehe terima kasih la…sejuk sungguh hati cek-e-gu

    cik ghazali
    boleh, malah cik ghazali telah ajar saya satu poin, air tebu masak! terima kasih

    cik zurairi
    marilah join :) lambat pun tka mengapa.
    semua pokok boleh pakai, sawit kadang2 ditumbuhi cendawan kan?
    walaupun biasanya cara merawat adlah korek buang, tp sekurang2nya boleh sembur di tanah yg dijangkiti untuk membunuh kulat dan merawat tanah

  47. Ayahanda says:

    Nak join jugak.. i follow from back.. tertinggal kapal la ayahanda Melor… sibuk dengan perkara lain seminggu dua nih…

  48. zolkepleemhd says:

    sorry melor
    lambat bg tau
    …saya nak join sekali…..
    tapi minta maaf lah saya nie lembab sikit
    klu baca tu smpai 3..4x baru fhm

  49. Kenneth says:

    Cik Melor,

    Terlepas peluang keemasan ini. Bila Cik Melur akan adakan kursus ini lagi? Saya amat berminat.

  50. Ishak says:

    Kenneth,

    Siri kursus blh di-backtrack mulai pautan ini http://impaxbokashi.wordpress.com/2008/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: