Saya mempunyai banyak soalan daripada pembaca blog. Kebanyakan soalan tersebut amat baik, tetapi tidak cukup masa untuk menjawabnya. oleh itu saya pilih soalan yang baik untuk dikongsi bersama pembaca.
Soalan: Bagaimana caranya saya nak membuat baja bokashi? Adakah sama formulanya jika menggunakan tinja ayam, kambing atau lembu dan yang manakah lebih baik? Apakah beza bokashi ALFA-G dan bokashi EM? Adakah ia sama formula dan melor label sendiri?
-Munir
Jawapan:
Bokashi ialah satu istilah dalam bahasa jepun yang bermaksud hasil penapaian, merujuk kepada baja yang dihasilkan melalui teknik penapaian bahan organik.
Sila rujuk post terdahulu : RESEPI BAJA KOMPOS / BOKASHI untuk mengambil resepinya. Resepi ini boleh dipakai untuk semua jenis tinja haiwan, samada kelawar, kuda, arnab, kambing, lembu, cacing, atau ayam. Yang menjadi asasnya adalah ‘konsep’. Yang memasaknya adalah proses, maka semua jenis tinja haiwan adalah sesuai untuk tujuan bokashi ini. Baja tinja haiwan yang terbaik di dunia ialah bat guano. Premium quality.
Bokashi EM ada pelbagai cara dan bahan untuk menghasilkannya. Yang menjadi asas adalah penggunaan EM. Maka dalam sudut perniagaan, pembikinan baja bokashi EM mestilah memakai larutan EM1. Terpulang kepada si pengusaha / pembancuh baja untuk menggunakan bahan mentah yang bagaimana, contohnya yang murah dan banyak didapati dan mengolahnya kepada sesuatu yang bermanfaat seperti baja kompos.
Untuk menghasilkan EMAS, 1 liter EM1 + 1 liter molasses + 18liter air. Peram seminggu. Siram EMAS pada bokashi sehingga kelembapan 60%.
Sama juga bokashi ALFA-G, kami menghasilkan EM sendiri atau disebut IMO. 1 kg IMO ALFA-G boleh menghasilkan 60L activated solution. 1 kg ALFA-G direndam dalam 20liter air sehingga seminggu untuk menghasilkan larutan aktif. Kemudian tapis hampasnya dan larutkan hampas tersebut dalam 20liter air lagi untuk menghasilkan larutan aktif kedua. Peram seminggu dan larutan aktif batch kedua siap untuk digunakan. Ulang lagi langkah yang sama untuk larutan aktif batch ketiga. Spray 60% kelembapan atas bokashi.
Kelebihan kami ialah IMO ini cukup berkesan untuk menghasilkan larutan aktif sehingga 3 kali penggunaan IMO yang sama.
Ia adalah formula paklias. Saya sudah mula mengformulasikan baja untuk tanaman dengan membuat bancuhan semula tetapi belum dikomersilkan. Setakat tahap ini ia untuk pesanan khas.






23 Oktober 2008 at 7:11 am
macam mane dengan untuk makanan haiwan dari Bokashi?
23 Oktober 2008 at 7:15 am
khazwadi
klik pada perkataan ‘bokashi feed’ pada kotak ruangan KLIK LABEL INI di sebelah kanan blog ini. perkataan tersebut adalah link yg akan membawa anda ke post saya yg terdahulu mengenai cara buat makanan ternakan.
28 Oktober 2008 at 8:54 am
boleh tak kita gunakan baja(bokashi) ini utk menhidupkan plankton?
lama maner masa yg diperlukan?apakah perlu kita manambah pam oxigen bagi mempercepatkan pertumbuhan ini?
28 Oktober 2008 at 4:25 pm
zolkeplee
ya. seminggu pun blh. boleh jika ada kemampuan. ia mengurangkan COD dan menambah aerasi kolam.
29 Oktober 2008 at 2:08 am
mengenai rumpai laut tu sayadah menambahkan gula merah. kesan nampak positif.
tapi sy asingkan lagi rumpai yg tak hancur dgn air yg terjadi. air yg terjadi tadi bila sy tambah gula merah dan em, nampak gas terhasil tapi baunyer masih busuk. manakala rumapai sy tak buka lagi. harap2 ade perubahan positif.
apa beza nyer pula bila kita letak tinja + em+air +gula merah+ dan seankatan dgn nyer.
kemudian kita biarkan selama 2minggu. apakah cara penguraian nyer berbeza..
klu sama bermaksud kita bela ayam diatas bukit… kemudian kita buat kolam kumbhan dibawah. dan kolam tu kita rawat dgn mengunakan em berserta dgn campuran nyer. lepas tu bolehlah kita bela ikan didlm nyer. setahu saya ikan tak makan tahi ayam. cuma yg dimkn adalah plankton yg terjadi dr percampuan tadi. konsep nyer mungkin nampak sama tapi demi nak jaga kebersihan ikan …………… maklum lah nak dapat taitle ikan organik
wasalam
29 Oktober 2008 at 2:58 am
Assalamualikum
Cik Melor saya nak tanya macam mane nak buat EM untuk bagi makan pada ternakan.
Tetapi mengunakkan herba2 cth : habatulsauda dan Tongkat Ali.
Sekarang ni macam dah terjadi dengan EM ade yang dah jadi minuman kesihatan ape pendapat cik melor.
Mohd Khazwadi
29 Oktober 2008 at 3:42 am
keluar gas maknanya ada tindakbalas. ok tu. sama saja dgn tahi ayam atau bahan organik lain. teori ayam bukit cik zolkeplee tu pun betul, cuma tak boleh letak tahi ayam terlalu banyak, nanti turun oksigen. ia biasa dilakukan penternak cina
29 Oktober 2008 at 3:45 am
cik khazwadi
saya ada menyelitkan caranya dalam kursus yang saya anjurkan nanti, kalau tidak keberatan saya jemput cik khazwadi ke kursus.
kalau cik khazwadi nak letak tongkat ali dalam EM sahaja pun blh juga.
30 Oktober 2008 at 4:37 am
Saya sangat berminat nak pergi krususu tetapi masa saya yang amat terbatas. Saya mohon jasa baik cik melor untk memberi tunjuk ajar pada saya untuk mencampurkan herba2 dalam EM.Atau ade buku@E-Book yang boleh saya beli pada cik melor.
30 Oktober 2008 at 8:19 am
cik khazwadi
saya tidak keberatan untuk mengajarkannya. cik khazwadi sila hubungi saya di 019 462 9903 dan saya akan terangkan caranya.
insya allah saya bercadang untuk menghasilkan ebook, tetapi selepas kursus.
1 November 2008 at 1:26 am
aslm
slmt pg smga ceria hendak nyer
bagi sy baja nie banyak telah di bicarakan
cuma buat masa nie saya amat terkilan
tentang pemakanan haiwan
kesian kat depa tu semua
terutama penternak
contoh nyer kambing ker ayam ker
sy dah tengok kat negara kita nie tanah tak lah luas maner
tapi kita pun nak cuba dlm bidang nie
tapi kita lihat palet atau dedak
dulu klu 20kg rasanyer bawah rm30
tapi sekarang memang tak dapat
tapi bila kita jual ayam ker kambing ker
sekilo baru berapa ajer…… silap2 dia jadi terbalik
haiwan kekeyangan tapi tauke kurus kurang mkn
contoh nyer perternak ikan keli
klu setakat pallet untung utk satu tan rasanyer dlm rm600
itu pun rasa nyer 2bln ajer
tak lepas gaji……
diminta jasa baik melor boleh tak di bincangkan secara terperinci tentang
makanan haiwan ini
wasalam
2 November 2008 at 2:12 am
apa perkembangan rumpai laut?
kalau begitu pendapat cik zolkeplee, saya akan usahakan mencari bahan untuk bokashi feed pula. tetapi, saya perlukan sokongan dari segi perkongsian ilmu mengenai subjek ni. saya byk cerita baja, silaj ni taklah menyeluruh lg, kecuali apa yg saya tahu.
5 November 2008 at 4:13 am
aslm
tq bebanyak…. krn perihatin
mengenai rupai laut tu nampak bintik2 putih
tapi yg satu lagi tu(air lebihan) warna dah berubah kekuningan
sy rasa peruhan warna disebabkan warne em dan moleses
tapi gas tetap ade lah…… bau masih busuk lagi
klu kata tak jadi msih boleh dirawat… maksud nyer
kita tambah em dan moleses…. jadi tak payah buang
mengenai makanan haiwan nie
saya cuma perlukan vitamin yg tinggi
lebih kurang manusia juga lah
cuma kita campurkan samer ade kulit kacang, hamps tahu, hampas kelapa
pelepah sawit yg di hancurkan dan sebagai nyer
tapi batang jagung….. dia org pakai racun perosak…. tu yg takut sikit nk guna
lagi pun kita tak ade ladang jgung cuma ade ladang sawit ngan ladang padi jer
mediam nie sebagai campuran ajer
cuma nak buat bhn capuran yg mempunyai protin tinggi
insyahallah gemok lah dia
maklumlah kaws penanaman nepier terhad sangat
6 November 2008 at 9:01 am
bintik2 putih tu kulat ke?
bau busuk menandakan pencemaran masih ada
vitamin tinggi, perlu add bahan2 yg tinggi vitamin macam makanan manusia jg. cth madu, garam bukit, air kelapa. perlu dicuba dahulu, cair pada nisbah 1:1000. air kelapa adalah isotonik terbaik dan nyahkuman.
ada kawan bgtau, kalu byk selalu bagi protein tinggi ternakan jd lembik kurang bermaya. so far cik zol buat nampak camne?
26 November 2008 at 5:40 pm
slm
minta maaf krn lewat
terlalu sibuk masa nie
baru pulang dr kltan.. urusan kerja
mengenai rumpai laut tu
dekat permukaan yg ade air tu ade keladak warne coklat terang
bau nyer ade perubahan sikit… tapi bau getah beku ade lagi
bau nyer tak berapa kuat
air tu belum ade perubahan lg
yg dulu tu kita dah test kat orchid
nampak perubahan yg ketara
alhamdulilah ade permintaan dr yg pernah menggunakan nyer
diberi secara percuma…. hehehehheee
dan yg terbaru nie dlm perancangan nak mengunakan yis
cuma tengah berkira2 dan campuran nyer dlm pemerhatian
kalau tak ade aral melintang nak order ziolate ngan tinja kelawar
tapi dlm kuantiti yg kecil ajer
blh kan….kan
29 November 2008 at 11:19 pm
salam cik zolkeeple
harap tidak berkecil hati
maaf jg kerana lewat
mengikut rakan saya, bau busuk baja seaweed tu biasa je tu, walau busuk tp nutriennya tetap baik. kalau takmau busuk kenalah rajin buat pengudaraan dgn air blower cam akuarium tu utk induce aerobic fermentation. tp takyah pun takpa
nak guna yis dlm seaweed ke?
boleh..orderlah tak de hal punye
saya hantar pakai pos
25 Mac 2009 at 1:36 pm
salam..saya ni selalu gak baca tentang EM dan plankton. tetapi saya tidak faham bagaimana kita hendak menghasilkan EM?bagaimana pula nak menghasilkan plankton dari EM?tolong la saudari melor selesaikan masalah yang telah lama sya simpan ni..
1 April 2009 at 2:44 am
salam..soalan saya,bagaimana cara-cara menghasilkan baja organik untuk ternakan ikan keli dan lintah?ada pengusaha yang dapat menjimatkan banyak kos dengan menggunakan baja organik ini berbanding menggunakan pellet.tq
6 April 2009 at 3:55 pm
ya kompos jg dibuat sbg makanan keli/lintah. antara bahannya ialah EM, zeolite, gula merah. saya kurang arif bab ni, mgkn ada rakan yg blh berkongsi
6 April 2009 at 4:13 pm
Em boleh buat sendiri, mgkn tak se’kaw’ EM dalam pasaran. plankton ni bila ada Em dia menggalakkan pertumbuhan alga, plankton dsb kerana EM produce makanan plankton ni. jadi bila org buat makanan ikan depa buh Em sekali