KAPUR PERTANIAN / GML

dolomite blog

Satu lagi alternative yang lebih murah untuk menggantikan zeolite ialah kapur pertanian. Kapur pertanian sebenarnya merupakan aset penting seorang usahawan tani, namun tidak ramai yang menyedari betapa luas penggunaan kapur dalam bidang agrikultur.

NAMA DAGANGAN LAIN

Nama lain bagi kapur pertanian ialah Ground Magnesium Lime (GML) dan jenis kapur GML terbail ialah dolomite. Dolomite merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur magnesium (dalam bentuk MgO) yakni kehadirannya melebihi 18%. Dolomite juga kaya dengan unsur Kalsium (Ca).

datasheet dolomite

FUNGSI DOLOMITE

Fungsi dolomite dalam industri amat banyak. Dolomite digunakan dalam pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan dalam pembuatannya. Dolomite dalam pembinaan ditabur untuk mengelakkan anai-anai. Fungsinya lebih meluas lagi dalam bidang agrikultur.

Zaman-berzaman kapur digunakan sebagai soil conditioner atau perawat tanah untuk memperbaiki pH tanah yang berasid kembali optimum. Kandungan Mg, Ca, dan silikanya memperbaiki struktur tanah serta mengimbangi pH atau darjah kemasaman tanah. Ia merupakan ubat terbaik dan paling ekonomi untuk merawat tanah berasid yang sudah mula mengeras, berketul-ketul dan tidak subur lagi.

Di syorkan untuk 1 ekar tanah, anda memerlukan hampir 7 beg kapur untuk tujuan perawatan tanah. 7 x 50kg = 350kg/ekar hingga ke 1 tan, bergantung pada kemasaman tanah. Jika tanah tersebut setelah diperiksa didiagnosiskan sebagai tanah berasid, maka penaburan kapur amat sesuai. Ia juga lebih murah daripada zeolite. Tetapi jika tanah tersebut didapati mengandungi kealkalian yang tinggi, apa yang diperlukan bukanlah kapur, tetapi sulfur untuk mengimbangi pHnya.

Kapur boleh ditambah dalam baja kompos yang anda buat. Ia meningkatkan kandungan mineral baja dan memperbaiki atau menggembur struktur tanah. Penaburan kapur kedalam vermikompos sisa dapur dilaporkan dapat menurunkan keasidan worm bedding. Selain kapur, sumber kalsium asli yang digunakan untuk worm bedding ialah kulit telur atau cengkerang siput yang ditumbuk halus. Konsepnya sama saja, kalsium untuk meneutralkan asid.

Kapur boleh dicampurkan dalam pembuatan IMO. Fungsinya sama seperti menambah zeolite kedalam IMO. Anda boleh membaca dengan lanjut mengenai fungsi zeolite dengan klik istilah ‘zeolite’ di ruangan LABEL sebelah kanan blog ini.

Kapur boleh ditambah dalam bacterial mineral water (BMW) untuk meningkatkan kandungan mineral dan menyuburkan pokok. Banyak faedahnya, bergantung kepada faedah unsur magnesium. Magnesium berperanan dalam penyerapan P dan K, membentuk klorofil pada daun dan membantu pengangkutan kanji dalam tumbuhan.

Penggunaan kapur dolomite ini amat sesuai untuk tanaman limau/sitrus. Pokok limau adalah tanaman yang banyak menggunakan Magnesium. Gejala kekurangan magnesium adalah urat-urat pada daun-daun yang tua menjadi kekuningan.

Dalam akuakultur, kapur digunakan untuk membersihkan kolam ikan daripada sisa-sisa kimia pelindung plastik atau tangki poliester.

qttn dolomite

DOLOMITE PADA HARGA OPTIMUM

Ada banyak lagi tips dan persoalan yang boleh dikupas jika tuan-tuan hadir ke kursus IMO saya. Saya juga membekalkan kapur pertanian untuk kegunaan agrikultur pada harga RM450/tan dan masih boleh dirunding untuk penghantaran dan mengikut jumlah pesanan.

Anda boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai dolomite dan kaedah pembelian di sini..

About these ads
Tagged

4 thoughts on “KAPUR PERTANIAN / GML

  1. Abd Ghani says:

    Ada tak sesiapa yg boleh supply baja organik sebagai baja asas. Cthnya tahi kambing, guano, tahi ayam dsb? Saya perlukan untuk kegunaan bagi satu ekar sebelum menanam serai.TQ

  2. MELOR says:

    baja alfa-g memang digunakan sebagai baja asas, boleh dicampurkan dalam baja kompos yang cik ghani buat. kalau nak campurkan 35% alfa-g dalam baja pun dah ok, untuk efek lebih ketara saya syorkan pakai alfa-g dulu.
    alfa-g mengandungi mineral dan kandungan magnesium yang mencukupi untuk meransang penghasilan minyak pati dalam serai, especially untuk tanaman komersil macam serai peha ayam.
    cik ghani nak bahan mentah tadi, semua saya ada. sebaiknya kalau nak soil treatment serai, pakai kapur GML, banyak Mg.

  3. [...] Yang biasa dipakai untuk perawatan tanah ialah dolomite (terbaik), kapur GML/pertanian biasa dan gypsum (kualiti lebih rendah). Dolomite adalah kapur GML yang baik untuk tujuan agrikultur kerana kandungan Magnesiumnya yang tinggi, 18-22%.  Kalsite, magnesite biasa dipakai dalam industri pembuatan kaca dan logam, bab lain yang saya kurang arif. Begitupun untuk kedua-dua industri ini, dolomi lebih sesuai kerana kandungan Mg yang menepati kehendak industri. Baca artikel tentang aplikasi DOLOMITE.. [...]

  4. rudi says:

    menurut saya untuk tanah asam apalagi lahan bersoil gambut kekuatan caco3 lebih kuat kali… karena kalsium carbonat juga bisa bantu melepaskan al,cu,fn, yang tujuannya P205 bisa siap saji ke bulu akar… apalagi untuk tanaman perkebunan…disamping it kalau hanya mengandalkan kelebihan Mgo bisa kita dapat kok di kiesrit.. tks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: