Air mineral berbakteria atau Bacterial Mineral Water (BMW) adalah satu takungan air yang menyediakan air baja yang kaya dengan kandungan mineral dan bakteria berguna. Pembuatannya mudah, yang penting kita memahami KONSEP dan FUNGSI setiap bahan. Yang selebihnya, adalah SISTEM yang kita olah sendiri mengikut kreativiti, kemampuan dan bajet. Jadi, anda hanya perlu fahami KONSEP dan FUNGSI sahaja. Bagaimana anda ingin mendirikan SISTEMnya adalah bebas pada kreativiti sendiri.
FUNGSI BMW
Menyediakan larutan baja yang sedia dipakai yang kaya dengan kandungan bakteria baik /EM serta unsur-unsur mineral untuk kesuburan pokok dan perawatan keadaan tanah.
BAHAN-BAHAN:
- BOKASHI
- BATU-BATUAN
- TANGKI AIR
- JARING HITAM
- PLASTIK HITAM
- SUMBER AIR / PAIP GETAH
BOKASHI diperlukan untuk membebaskan EM kedalam tangki supaya dapat digunakan untuk siraman pada tanaman nanti. ‘Bokashi’ tak semestinya kompos bokashi sahaja yang boleh dipakai, tetapi juga boleh digantikan dengan IMO3, fermented fruit juice (FFJ), vermikompos atau tinja haiwan. Contoh saya sendiri menggunakan campuran vermikas, FFJ dan guano untuk ‘bokashi’ BMW saya. Letak dalam5-10kg kedalam sarung bantal lama atau kain muslin. Bokashi ini kita akan letak dalam tangki nanti.
BATU MINERAL
Batu-batuan yang boleh digunakan disini adalah batu-batuan yang kaya dengan mineral. Contohnya zeolite, GML/kapur, batu sungai, pasir, campuran batu-batuan atau sebagainya. Saya menggunakan batu zeolite lenggong kerana khasiatnya banyak. Batu zeolite ini lebih istimewa kerana termendap bersama-sama tahi kelawar, menjadikannya kaya dengan nitrat dan fosfat serta galian-galian lain. Letakkan batu-batu ini dalam bekas berjaring untuk memegang batu-batuan, membenarkan air masuk dan bertukar-tukar ion dengan batu mineral. Nak letak begitu sahaja tanpa bekas pun tak apa. Boleh letak segenggam garam laut untuk menambah kandungan mineralnya.
JARING HITAM & PLASTIK HITAM
Kedua-duanya berfungsi untuk mengelakkan cahaya ultra-ungu. Sinaran ultra-ungu akan membunuh EM. Ia juga mengelak dimasuki air hujan atau bahan-bahan cemar lain. Saya menggunakan jaring hitam sungkupan dan plastik silvershine untuk projek BMW ini. Untuk mencantikkan binaan, saya pacakkan 4 kayu disetiap penjuru untuk mewujudkan bentuk berbumbung. Saya letak satu kayu ditengah tangki untuk memegang kubah binaan. Binaan adalah optional. Terpulang kepada kreativiti dan bahan anda.
SUMBER AIR
Sumber air yang paling mudah bagi saya adalah menggunakan paip getah. Anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menggunakan pam akuarium untuk menyedut air atau sebagainya.
Boleh rujuk sketch saya untuk buat semakan.








29 September 2008 at 3:08 pm
salam kak..bagus info nih..sy mmg ada terpikir nak rendam baja kompos t.kambing tu dalam tangki siraman pokok lada saya:) cuma bahan2 tambahan tue yg tak terpikir. sumber air dari kolam ikan. bahan tu nak campur sekali dalam satu bungkusan ke? buat macam uncang teh lipton tue ke? sy cadang nak campur kapur, kompos, dgn emas jer. ok tak? sesuai ke untuk pokok lada? nanti ada masa sy tunjuk gambar eksperimen kat akak k.
30 September 2008 at 9:28 pm
bagus sumber air dari kolam ikan, byk asid amino.
ya, buat macam uncang tu. mula-mula uncang tu akan tenggelam, lama-lama ia akan timbul dan perlulah digantikan dgn yg bau. letak dlm satu bungkusan.
kapur, kompos, emas..ok. kita gunakan bahan yang ada. cili ni pH optimum dia 5.5-7.0. banyk makan nitrat. air kolam tu bagus, byk sumber N. EMAS pun bagus.
sebelum pakai utk semua pokok, ambil masa utk testing 3-5 pokok dulu ya. mesti testing walau bancuh bagus mcm mana pun
Ha..jgn lupa ya kirim gambar, akak nak upload sini, so org lain blh ambil iktibar pula.
7 Oktober 2008 at 12:40 pm
Salam kak melor, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Camana sambutan raya kali ni? Mesti meriah kan?hehe..
Saya dah try buat BMW yang akak ajar tu. Buat sikit jer, nak try lihat hasilnya:). Bokashi tahi kambing tu saya dah gunakan. Semua gambar saya dah upload kat blog saya. Kalau akak ada kelapangan jemputlah datang melawat blog saya ye:) tq..
9 Oktober 2008 at 11:23 am
Selamat hari raya md noh..
raya kali ni mmg barulah raya, tahun kedua kami berpindah ke lenggong, hari pertama mmg ramai sanak saudara datang, malam pun budak2 serbu. dulu di shah alam takda situasi ni
akak dah merayap ke blog awak, aku rasa nak menitik ayaq mata..tengok ada sorang adik yang begitu berminat dgn apa yang akak sarankan kat sini. besarlah impian seorang blogger untuk memberi impak pada orang lain, dik. md noh akan merasainya nanti.
kalau tengok gambar, semua baja adik buat tu menjadi. ada je idea kau dik buat BMW tu. TAHNIAH dari akak. teruskan usaha dan selamat maju jaya. harap akak blh bekerjasama dgn md noh pada masa akan datang
14 Oktober 2008 at 3:15 am
kak
saya berminat pasal ni, tapi nak tanya sikit…selepas semua bahan2 tadi direndam air, berapa lama boleh digunakan & berapa lama air tu boleh disimpan?
15 Oktober 2008 at 3:30 am
air tu blh disimpan lama mana pun tak apa. bekas kena tutup elok, kalau lama2 jd tempat pembiakan nyamuk pula.lagi lama lagi baik.
pakai segera lepas buat BMW pun tak pa. bkn membakar pun sbb semua bahan dah lengkap menjadi baja. paling baik simpan 2-3 hari.
14 November 2008 at 2:34 am
salam. ada orang buat begini; tahi ayam dimasukkan dalam guni, diikat dan ditebuk beberapa lubang pada guni, kemudian dimasuk/rendam dalam sebuah kolam. air kolam tersebut digunakan utk menyiram tanaman(cili, sayur) menggunakan pam(fertigasi).
adakah ini juga dipanggil BMW?
melor:
ya, ada org pernah bgtau saya cara ni. bagi saya itu jg BMW, cuma tak ada zeolite je. kalau ikut konsep sama saja fungsinya
25 Disember 2008 at 12:18 am
Agak nya boleh tak air BMW ni kita gunakan dalam kolam atau aquarium ikan?