NISBAH CARBON / NITROGEN

Menurut Cik Mohammad Azoddin dari Chengai Indah Enterprise, pengetahuan mengenai kadar C/N amat berguna untuk pembikinan baja. Ia sebahagian daripada asas memilih bahan mentah yang sesuai, customized samada dari segi kos efektif, kualiti tinggi atau memilih kandungan nutrien tertentu yang tinggi. Karbon merupakan sumber tenaga untuk mikrob. Nitrogen pula penting untuk menjalankan proses metabolisme.

Semasa pereputan, nisbah unsur karbon kepada nitrogen atau kadar C/N dalam bahan mentah adalah tinggi. Bacaannya menghampiri 30 ke atas, tetapi apabila fementasi selesai bacaan berada dalam lingkungan 20 ke bawah.

Untuk mendapatkan nisbah C/N yang tepat ia perlu dilakukan melalui analisa kimia. Nisbah C/N secara kasar untuk beberapa bahan mentah yang selalu digunakan ialah tahi lembu kering (15-20), tinja ayam (10-15), serbuk ikan (5-8), kacang soya (6-8), melukut/ temukut padi (15-25) dan sekam padi (70-80).

Bahan mentah mengandungi nitrogen dalam kuantiti yang rendah dan ada juga dalam kuantiti nitrogen yang tinggi. Bahan mentah dengan kandungan nitrogen rendah adalah sisa-sisa tumbuhan seperti rumput kering dan habuk kayu. Kalau anda gunakan bahan ini 100% untuk membuat baja organik, pada peringkat awal kesannya tidak berapa jelas. Namun, sisa tumbuhan mengandungi serat / fiber yang tinggi, ia merupakan elemen penting untuk mengubah struktur tanah dan meningkatkan aktiviti mikroorganisma.

Kumpulan nitrogen tinggi adalah seperti najis haiwan, serbuk ikan dan tumbuhan kekacang. Kandungan nitrogen tinggi menyebabkan kesan baja dapat diperhatikan lebih cepat berbanding tindakan baja sisa tumbuhan. Oleh kerana kandungan fibernya amat rendah, maka nisbah C/N juga rendah dan kurang sesuai untuk fungsi pemulihan tanah untuk aktiviti organisma. Jika terlalu banyak diberikan pada tanaman juga menyebabkan ‘gila daun’ dan senang diserang penyakit. Maka campuran antara keduanya perlu dalam kadar yang sesuai.

Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: