BAHAN ORGANIK UNTUK BAJA KOMPOS

Antara soalan yang kerap diajukan kepada saya ialah apakah bahan organik yang boleh dipakai untuk menghasilkan baja kompos / bokashi. Bahan-bahan ini tidak semestinya kesemua jenis perlu ada, kalau ada tahi kambing sahaja, atau rumput kering sahaja, itupun sudah memadai. Saya kupas sedikit jenis-jenis bahan organik yang boleh dipakai untuk penghasilan bokashi.

BAHAN 1 : TINJA HAIWAN

Tinja haiwan merupakan sumber nitrogen dan fosfat yang tinggi. Nitrogen merupakan sumber asid amino yang penting untuk pertumbuhan daun dan klorofil, tanpa nitrogen pengeluaran hasil tanaman akan merudum. Fosfat penting untuk perwarisan baka serta untuk membina enzim tumbuhan. Unsur fosforus memastikan penyerapan cahaya matahari ditukarkan kepada unsur genetik tumbuhan dalam bentuk asid nukleik. Asid nukleik berfungsi dalam membawa genetik tumbuhan dan pembesaran akar (adlin_azamin, bicarajutawan.com).

Tinja haiwan yang paling baik dibuat baja dalam dunia ini adalah tahi kelawar / guano. Ia merupakan sumber fosfat dan nitrogen yang tinggi serta mengandungi mineral. Guano tidak berbau kuat dan banyak didapati dalam gua. Saya telah kupas dengan panjang lebar dalam post yang lepas. Tahi kambing juga mengandungi fosfat yang tinggi dan baik untuk pembungaan pokok. Kambing yang baru beranak akan makan kulit pokok daun telinga kerbau, dia tahu ubatnya. Mungkin kerana pemakanannya terdiri daripada tumbuhan dan herba-herba maka tahi kambing banyak nutrien.

Tahi lembu boleh di dapati dalam kuantiti yang banyak dan lebih murah. Ia juga baik untuk tanaman, tetapi sebaik-baiknya dijadikan kompos dahulu. Tahi lembu mengandungi benih rumput, jika tidak direputkan dahulu, spesis rumput baru boleh tumbuh di atas tanah. Tahi ayam mengandungi nitrogen yang tinggi kerana ia mengandungi urea dan hidrogen sulfida. Sebaik-baiknya tahi ayam direputkan dahulu sebagai kompos untuk menyahtoksikkan urea dan hidrogen sulfida kepada bentuk nitrat dan asid amino yang berfaedah kepada pokok.

About these ads
Tagged

42 thoughts on “BAHAN ORGANIK UNTUK BAJA KOMPOS

  1. rahim says:

    nak tanya, saya pengedar mee kuning, tapi tak ada asid borik, apa bahan organik yang boleh membuat mee dapat bertahan lebih lama jika tidak diletak dalam peti ais dengan mengurangkan soda as

  2. Ahmad Salleh Bin Kamar says:

    1.adakah baja organik berasaskan em boleh di gunakan bersama baja kimia?
    2. Baja organik em, mempunyai tempoh tertentu untuk digunakan, bagaimanakah cara untuk menentukan baja tersebut masih boleh di gunakan jika baja dibekalkan oleh pihak lain?

  3. impax says:

    rahim,
    ada satu petua org tua2,
    goreng beberapa ekor cacing dgn minyak penuh. minyak tersebut guna utk memproses makanan. makanan tu tidak cepat basi dan terawet lama skt :)

    mee kuning ni byk karbohidrat dan minyak, minyak itu sendiri mengelakkan mee teroksida dgn cepat. mgkn penggunaan minyak yg mempunyai kualiti antioksidan tinggi blh melambatkan kerosakan mee. cth minyak zaitun, kelapa dara. tapi dari segi kos efektif saya krg arif. saya kurang pasti jika penggunaan rumpai laut blh mengurangkan kerosakan dan bagaimana menggunakannya.

  4. impax says:

    ahmad salleh
    1. ya, cuma yg lbh baik ialah gunakan tanpa kimia

    2. baja organik yg agak basah / tinggi kelembapan spt sesetengah vermikompos akn menyebabkan penghasilan gas dr aktvt bakteria. maka plastik akan menggelembung, maknanya hidup lagi, ok la tu.

    baja kering tidak berbau. kalau berbau, mgkn tahi yg dikompos tu tak sempurna.

    baja foliar akan menghasilkan gas, tekann tinggi dlm botol, maknanya ok

  5. Mazlan Mahad says:

    Ada sapa-sapa boleh berikan penjelasan apa itu baja kompos (cacing merah) dan apakah faedah dan atau kegunaan nya? Trima kasih

    Melor:
    sama saja baja cacing merah/biru @ nightcrawler. tu semua baja tahi cacing / vermikompos. ikut testimoni customer saya, vermikompos prestasi lbh baik dgn penambahan alfa-g. Faedahnya byk, multipurpose semua jns pokok blh pakai.

    Vermikompos tempoh nampak kesannya lebih lama 2-3 minggu berbanding alfa-g (4-7hari) atau kompos lain. tapi ia amat baik utk pokok.

  6. Iskandar says:

    Salam,
    Saya cuma nak tanya Fish Amino Acid (FAA) ni baja pokok ker…

    Pas 2 nak tanya lagi macam mana nak hasilkan (FAA) ni….

    susahnyer nak cari bahan maklumat…… lagi2 saya di kota kinabalu susah nak dapat informasi….

    harap boleh membantu….

  7. MELOR says:

    ya, FAA baja pokok juga.
    Saya akan ulas dalam post akan datang, resepi pembuatan FAA
    blh pakai ikan bilis, kepala ikan, perut ikan. buh garam skt. bh gula saa byk dgn ikan

  8. johar says:

    saya nak tanya cara nak kompos najis lembu.. saya ada menternak lembu kecil kecilan (15ekor). saya berada di gerik, perak. tima kasih

  9. MELOR says:

    salam cik johar,
    cara buat bokashi tahi lembu sama je dgn cara buat bokashi yg saya letak di blog ni,
    just ganti part najis haiwan tu dgn najis yg cik johar ada
    rujuk http://impaxbokashi.wordpress.com/2008/06/18/resepi-pembuatan-baja-kompos-bokashi/

    jemput ke kursus yang saya bakal adakan pada 15 NOV08 ni cik johar.

    tahi lembu tu blh juga spray dgn EMAS, sehingga 60% basah, tutup dan biarkan seminggu.

  10. MELOR says:

    kalau tak silap saya depa ayak pakai penapis binaan tu. pengayak manual. tapi saya tak pasti bagaimana ia dilakukan.tahi kambing ni kompos dgn EM pun dia takmahu hancur

  11. ayie says:

    salam,..sy nk th mcm mn cara nk kisar tahi kmbing dlm kuantiti yg kecil..bagi projek kecil-kecilan x mmpu utk beli mesin pengisar..

  12. Nor Baya Md Noh says:

    betul ke baja taik lembu boleh menyebabkan batang serai dimakan ulat.

  13. shahiful bahari abu bakar says:

    salam ,
    tahiniah untuk warga Impak dan pak Lias.dari
    Koperasi fikrah Hulu Selangor / Gombak Bhd
    sempena kursus sulung kalian.

  14. MELOR says:

    terima kasih cik shahiful
    kalau saya buat di area lembah klang jemputlah ahli kooperasi fikrah ke sana :)

  15. mohd samadee says:

    berapa lama tempoh yg terbaik untk komposkan tinja kambing.?mcm mana kt nak tau yg tinja itu bnr2 sudah sempurna perkomposannya?

  16. mb says:

    Sila lawat sampah diolah menjadi berkah

    http://clearwaste.blogspot.com

    cara mudah membuat EM…jimat jimat…pelajarilah dari Pak Sobri.

  17. M.Ridzuan Mamat says:

    saya mempunyai 50 ekor lembu di kurung setiap masa, boleh x emailkan cara n kuantiti bahan2 yang di adun dalam membuat baja organik dr najis lembu dan tempoh pemeraman.

  18. basek says:

    saya dari sabah nak tanya soalan:
    1. Bagaimana buat kompos menggunakan tahi kambing
    2. Bagaimana penggunaan tahi kambing sebagai baja pada tanaman sayuran

  19. zack says:

    kalau kita gunakan tahi kambing terus sebagai baja tanaman tanpa di proses dulu..apakah kesannya?..

  20. MOHD.APHRAEM says:

    assmkum.. saya org baru dl site ni..nak tanya sikit..macam mana nak dapatkan em..bolih buat sendiri tak?

  21. MELOR says:

    boleh, tp tak berapa power mcm EM jepun. kaedah yg hebat tu otai Em tahu insya allah. saya ada bekalkan EM, hantar pakai pos

  22. MELOR says:

    orang tua2 biasa gak buat mcm ni. kesan tak ketara sgt. tahi kambing jrg byk masalah. kalau tinja fresh, first benih rumput tumbuh, ada risiko pkk mengalami kelaparan sementara sbb bersaing ntrien dgn baja. bila baja tak reput dgn sempurna, bakteria dlm tanah akan berpusu2 makan baja tu, so pokok bersaing nutrien dgn bakteria dan kekurangan nutrien skjp.

  23. m.aphraem says:

    cik melor, bolih beritahu kat saya macam mana cara cara nak buat pesanan em tu dan juga harganya

  24. m.aphraem says:

    cik melor, saya dah buat ohn tu (peram seminggu)hari ini tarikh gunanya. add value saya gunakan madu hari( hari ini baru campur)..ohn saya yg pure tu kenapa pekat kelihatan macam tak bnyk jus.

  25. MELOR says:

    tahniah sbb dah pandai buat sejenis baja :)
    mmg likat, itu yg kita mahukan. larutan ibu yg pure. cuma bila nak pakai tu baru dicairkan lagi

  26. MELOR says:

    m.aphraem
    saya akan emelkan harga tersebut, tq

  27. m.aphraem says:

    kami sedang dlm proses buat projek fertigasi(permulaan 100 pokok..chemical))akan ke 1000 pokok..kami plan sebahagian nak secara organic..kami perlukan info step by step mengenai penanaman secara organic dari semaian benih(cili + sayuran)hingga ke perigkat matang..macam mana nak dapatkan info tu..cik melor bolih tolong tak.

  28. MELOR says:

    oleh sbb nak buat cara fertigasi, maka tak sesuai buat ikut manual organic farming yg sememangnya tradisional. cuma perlu penyesuaian saja. m.aphraem semai dan jaga macam konvensional jg, cuma dari kecil dah baja dan racun dgn produk organik. aplikasinya lebih kerap, dalam 4-5hari sekali. racun rotate 3 jenis yg berbeza. baja pakai kompos, siraman n semburan. pruning, lain2 semua sama.

  29. m.aphraem says:

    mengenai dgn ohn..setelah di ambil jus nya,hampas nya nak buat apa..nak buang sayang..bolih buat baja tak.

  30. MELOR says:

    boleh..
    hampasnya tu kacau dgn air dan jirus semua pada pokok/tanaman. ia menyuburkan tanaman. kalau nak buat ohn batch baru, campurkan aja ohn lama tu sekali

  31. MELOR says:

    nor baya
    bja tahi lembu kalau terkompos dgn sempurna tak menyebabkan penyakit pd pokok. tahi lembu sahaja blh jadi jg sbb ia byk telur kumbang dan serangga. ia agak ‘kotor’ berbanding tahi kambing

  32. MELOR says:

    sama juga dgn yg lain2, 14hari. susah skt nak tgk tahi kambing ni sbb selagi tak ayak, dia tetap berketul2 walaupun dah kompos. kalau naik yis putih tu dan komposkkan dlm 14hari dah kira petunjuk baik.

  33. MELOR says:

    cik ridzuan, blh cek resepi di http://www.bokashifarmer.info/2009/04/bokashi-composting-recipes/. blh tanya kalau tak faham nanti

  34. MELOR says:

    basek
    sila rujuk link di atas spt jwpn yg saya berikan pada cik ridzuan

    untuk selubang tuangkan 1 tin susu pekat baj kompos tersebut, ulang setiap 2-3 minggu

  35. MELOR says:

    zack
    tidak banyk mudarat. maybe dalam 2 minggu nampak kesan.

  36. Mamat says:

    1 soalan..
    apakah kandungan dlm ikan bilis yg membolehkannya jadi baja kpd tanaman

  37. MELOR says:

    ikan ni sbnrnya byk asid amino..sumber nitrat. kalau spesifik ikan bilis, kita tahu iron tinggi, baik utk kehijauan pokok.

  38. am says:

    terangkn tentang EM1 leh x

  39. nurul says:

    baja tahi lembu banyak nitrogen. soalan saya dalam satu kg tahi lembu ada berapa banyak N, p, k atau nutrients lain kalu ada..

  40. nurul says:

    dalam 1kg tahi lembu berapa kandungan N,P,K dan lain lain nutrient kalau ada…?

  41. MELOR says:

    boleh am..nak request ya..

  42. wanychan says:

    saye nk tnye, care nk menghasilkan baja dri tahi kambing and lembu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: