Selepas era millenium, teknologi EM mengalami banyak evolusi. Kajian demi kajian dijalankan untuk mengekstrak manfaat daripada bakteria tanah ini. Bumi ini sudah begitu tua, tetapi ilmu EM sahaja belum habis-habis.
Baru-baru ini, sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan baja bokashi dan produk pertanian berasaskan EM sedang dalam rangka penggunaan teknologi EM terbaru dalam pasaran negara ini. Kompeni berikut ‘blend’ EM import / kultur industri yang biasa dibeli orang tu (EM1) dengan bakteria setempat / IMO. hasil gabungan ini dipanggil super activated microorganisme. Kata seorang wakil syarikat, gabungan ini memendekkan tempoh eram bokashi dan jauh lebih efektif daripada penggunaan EM / IMO secara sendirian.
Mereka juga menjemput konsultan EM yang masyhur, iaitu Vinny Pinto untuk memandu projek tersebut. Vinny Pinto kini berada di Malaysia selama 2 minggu. Saya dulu selalu merujuk penulisan beliau kerana banyak yang dia kongsi di internet tentang EM. Dia merupakan jurutera Em mat saleh yang bekerja di India, semasa saya membaca laman webnya.
EM ni baru popular di Malaysia walaupun ramai yang dah lama menggunakannya. Barangkali 2-3 tahun lagi EM ni akan jadi heboh macam buah naga, dokong, lintah yang pernah popular secara bermusim dulu. Tetapi apabila saat itu tiba, pasaran pun dah tepu dengan EM. Pun begitu tiada ruginya, EM ni bermanfaat besar bukan saja sektor agrikultur, tapi kegunaan rumah, kumbahan, perhotelan, industri dan kegunaannya diperluaskan.
Penggunaan IMO ni dapat menjimatkan kos pengurusan kebun/ladang. atau kos pembikinan baja berbanding penggunaan cacing atau agen lain sebagai mangkin biologi. bakteria sememangnya ramuan penting dalam baja, tetapi mengikut pengusaha-pengusaha baja organik yang saya kenali, kekuatan baja bukan terletak pada EM. tetapi pada bahan organiknya.






15 Julai 2008 at 8:27 am
Dalam keadaan peningkatan kepopularan EM ni ada juga pihak yg mengambil kesempatan menjual produk-produk berasaskan EM pada harga yg agak kurang munasabah. Pengguna juga mungkin terdedah kepada produk Em yg kurang berkualiti. Oleh itu, untuk elak terkena macam saya, eloklah bancuh sendiri produk EM u. Camna pandangan cik melor..
15 Julai 2008 at 3:51 pm
memang kalau kita sudah mengenal EM ni, kita blh jangka munasabah atau tak harga produk tu.
kadang2 pengusaha ni jual mahal2 ada alasan mereka sendiri, bahan mentah yg mereka guna, nilai ‘organik’ / produk kualiti mmg mahal, ada yg wat MLM nak support distributor lg, faedah environmentalis/added value.
Apa salahnya buat em sendiri cam dolms. tak rugi try2 n error. lama2 dah mahir, kreativiti datang sendiri.
produk em kurang kualiti tu, susah saya nak bagi komen. sbb blm jumpa/terkena.
17 Julai 2008 at 8:40 am
Yang kurang kualiti tu sebab dapat EMAS yg dah lama. Jadi bila guna macam takde kesan je. Yang jadi geram tu sebab dahlah bayor mahal…
17 Julai 2008 at 1:39 pm
hehe.. sapa tak geram, tipah tertipu.
patut la semangat je nak buat EM sendiri
dah lama tak dengar bro dolms sembang pasal EM. dulu slalu jumpa kat tenet, kebunmalaysia la, BJ la. la ni sibuk kot?
5 September 2008 at 11:11 pm
boleh dak ajar saya bagaimana nak buat EM1
8 September 2008 at 5:36 am
boleh, ngah
ngah tepon saya di 019 462 9903.
ngah blh rujuk post cara buat larutan ekstrak biologikal saya. tu cara buat EM, sama je istilah lain2