RAHSIA 2: MEMBERSIHKAN SUMBER AIR
Liang-liang poros ini sangat stabil, molekul air yang melaluinya tidak akan mengubah bentuknya. Maka jika sumber air yang kita gunakan untuk ternakan dan tanaman mengandungi toksin seperti ‘air keras’ atau kandungan kalsium yang tinggi, ion kalsium ini akan melalui liang poros zeolite dan bertukar tempat dengan ion natrium zeolite yang lebih berfaedah untuk organisma. Ia berfungsi sebagai pelembut air. Zeolite juga memegang air yang akan diserap oleh tumbuhan.
RAHSIA 3: NYAHTOKSIK SISA KIMIA BERLEBIHAN
Sifat poros ini memberikan fungsi penapisan kepada zeolite. Ia boleh menapis ion-ion berat yang toksik kepada organisma dan menyahbau busuk. Zeolite bukan sahaja dipakai pada baja tanaman, tetapi juga pada makanan ternakan. Penambahan zeolite dalam silaj menyerap toksin berbahaya kepada ternakan dengan sifatnya masih kekal dan neutral. Penambahan zeolite dalam baja tanaman pula menyahtoksin sisa-sisa kimia daripada penggunaan baja dan racun kimia berlebihan.
TINGKATKAN KUALITI TANAMAN & TERNAKAN DENGAN PENGGUNAAN SERBUK ZEOLITE
Saya mmbekalkan zeolite pada harga RM800/tan






16 Ogos 2008 at 3:41 pm
zeolite tu sama dgn baja gunung merapi yag dia org jual dari indonesia ke..
5 September 2008 at 10:24 am
kalau tak silap saya, sama.
seorg pengusaha zeolite indon beritahu, di indonesia mereka tak panggil zeolite tu baja, diorg panggil soil conditioner.
tapi di malaysia zeolite tu di panggil baja
18 Disember 2008 at 2:38 am
kalau nak ikutkan zeolite ni memang bukan rangkaian unsur baja yang lengkap sebab dia nie is mineral base. lagi pun zeolite ni tak der unsur N di dalamnya. tapi apa yang bagusnya zeolite ni kalau yang asli, unsur trace elementnya cukup tinggi dan sangat membantu dalam membaik pulih keadaan tanah…..