PENYEDIAAN BAJA SEMBURAN ORGANIK

Encik Wildan Firdaus bin Badaruddin, Pegawai Pertanian Lenggong telah bermurah hati berkongsi resepi penyediaan baja organik ini dengan saya untuk dikongsi bersama.

BAHAN-BAHAN:

1. 2 bahagian – (30 kg) buah-buahan/sayur-sayuran yang tidak digunakan lagi

2. 2 kg bahagian ikan yang tidak diperlukan lagi

3. 1 bahagian- (15kg) gula merah

4. 2-3 genggam garam

5. 1 sudu kecil guano @ tahi kelawar

LANGKAH PENYEDIAAN:

  • Bungkus bahan (2) dalam kain jarang dan dimasukkan ke dalalm tong
  • Cincang halus bahan (1) dan masukkan ke dalam tong
  • Masukkan bahan (3), (4) dan (5) ke dalam tong
  • Gaul rata dan simpan di tempat redup untuk pemeraman
  • Kacau campuran sekurang-kurangnya 2 hari sekali
  • Tapis hampas campuran selepas 1 ke 1 setengah bulan (hapas boleh dijadikan bokashi)
  • Larutan yang berbaki dan sisa mendakan boleh digunakan terus di ladang
  • Baja boleh disimpan 1 tahun dari tarikh dihasilkan.
  • Goncang sebelum guna untuk meratakan mendakan didalamnya.
  • Larutkan dengan air pada nisbah larutan ekstrak: air pada 1:1000 atau 1:500 sebelum disembur pada tanaman. Selamat mencuba!
About these ads
Tagged

11 thoughts on “PENYEDIAAN BAJA SEMBURAN ORGANIK

  1. Azahar says:

    campuran bhn² tu takde ditambahkan dgn air ke ?

  2. zafero says:

    slm…
    tanaman kacang panjang saya diserang serangga. apakah semburan organik yg sesuai untuk disembur.
    terima kasih

  3. impax says:

    zafero,

    kalau nak buat sendri, cuba sembur dgn air bawang putih atau serai.

  4. n'fai2al tahir says:

    1 sudu kecil guano @ tahi kelawar -boleh tukar bhn lain tak?

    maaf saya bertanya..x buat kursus kt area melaka/selatan?cian saya…dpt godek kt sini je…ada alternatif lain tak mcm kursus online ker..atau wat vcd kursus2 yg lepas siap ngan nota skali..so blh org jauh2 mcm saya ni dpt ilmu gak..kalau charge ikut harga kursus pun xpe..asalkn dpt nota..dpt tgk n dgr penerangan dr penceramah..walaupun x sebaik dtg kursus..tp ada la tempias ilmu tu melekat kt kepala ni..hehehe..cadangan jer..silap2 leh wat jual vcd lak…

  5. MELOR says:

    n’fai2al tahir
    kalau gitu saya akan terbitkan ebook. kursus ni pun sbnrnya byk persiapan nak buat. saya dalam persiapan nak buat ebook, taklah mahal mcm kursus :) affordable utk semua :)

  6. laili says:

    adakah ikan yang dgunakn adlh ikan yg blum dmasak?

  7. MELOR says:

    laili
    yg sudah atau belum masak dua2 blh pakai. tp ikan rebus ajelah. yg dibuat gulai /goreng dah tak sesuai

  8. haris says:

    salam melor,saya ada tanam terung..mslhnya..daun2 terung tu asyik dimkn serangga je..apakah semburan yg sesuai??
    terima kasih…

  9. MELOR says:

    haris blh pakai ekstrak daun neem, paling berkesan utk halau serangga. atau blend bawang putih dan sembut airnya, serangga tak suka baunya yg kuat

  10. pekebunkecil says:

    Salam Cik Melor,

    Saya ada terdgr ttg baja cecair AF Humic dlm btk botol 1 ltr yg bersamaan dgn 2.5 tan tahi ayam.Ia biasa digunakan dlm tanaman fertigasi.Mintak pandangan cik Melor sejauh mana kebenarannya?Jika benar,adakah ianya boleh digunakan pada sebarang jenis tanaman sayuran serta bolehkan ia disembur terus di atas batas bg tanaman secara konvensional?Dimanakah saya boleh dptkannya? T/kasih.

  11. lengkuas says:

    salam melor ,sayan ingin bertanya kepada melor apakah baja yang paling sesuai untuk tanaman kangkung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: