Semasa mencari bahan rujukan mengenai baja, saya terjumpa naskah Berita Pertanian (Tahun 2004) keluaran Jabatan Pertanian Negeri Perak bilangan 60 mengenai baja foliar ekstrak. Kebetulan, penulis artikel tersebut Encik Abni Majah bin Tormiz merupakan Pembantu Pejabat Pertanian Lenggong dan kami selalu bersua muka di pejabatnya atau di rumah seorang pengusaha baja organik.
BAHAN-BAHAN:
1 bahagian sayur-sayuran segar (katakan 1kg)
1 bahagan buah-buahan terlalu masak
1 bahagian benih berkelembapan tinggi
1 kg gula merah
1 raga rotan atau tong
LANGKAH PENYEDIAAN:
1. Cincang sayuran, buah-buahan dan benih kepada ketul-ketulan sederhana besar.
2. Campurkan ketiga-tiganya kedalam satu tong atau raga rotan (dalam 3 kg).
3. Campurkan 1 kg gula merah, gaul rata dengan bahan organik tadi.
4. Simpan raga rotan / tong ditempat teduh pada suhu biasa.
5. Campuran ditekan & diperam selama 1-2 malam, hasilnya diambil.
6. Peram lagi untuk 7-15 hari dan jusnya diambil.
PENGGUNAAN:
A. Disembur pada daun setiap 5hari. (10cc = 1 sudu besar larutan ekstrak + 1Liter air)
B. Tambah 100-120cc pada 10liter air dan siram di pangkal pokok. Tutup pangkal pokok dengan baja organik. Kemudian, gunakan rumput kering atau jerami untuk menutup pangkal pokok. Ulangi langkah ini setiap 15 hari.
Larutan hasil inilah yang dipanggil larutan ekstrak biologikal ataupun baja foliar EM. Ia boleh disimpan sehingga 1 tahun. Dalam larutan ini mengandungi asid laktik, mikrob, asid humik serta bahan-bahan organik yang menjadi keperluan asas tumbuhan seperti N, P, K, Bo, Fe, Ca, C.
Jika anda ingin menghasilkan baja yang lebih rumit seperti baja ikan, udang, batuan mineral dan sebagainya bolehlah digunakan. Ikuti arahan atau nisbah yang diberikan untuk menjamin mutu baja ekstrak yang dihasilkan.
Selain selamat dan mudah disediakan, baja foliar buat sendiri dapat mengurangan kos input @ baja sehingga 20%-40%. Amalan ini sudah terbukti melalui petani yang dipilih oleh Pejabat Pertanian Daerah Kecil Lenggong, Hulu Perak. Penggunaan baja foliar ini dilaporkan meningkatkan hasil tembikai (watermelon super dragon) sehingga 1.6tan/0.05 hektar selain memanjangkan hayat tanaman tembikai sehingga 2-3 minggu.


Dah lamer nak tanya kat Cik Melor,
apa maksud benih berkelembapan tinggi tu, kalau bagi contoh senang sket nak paham.
-z-
benih berkelembapan tinggi maksudnya biji2 benih yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Contohnya biji durian, biji manggis, dokong.
biji2 ni banyak air jadi senang reput, lagipun ia kaya nutrien anak pokok, sebab mengandungi hormon auksin yg tinggi, hormon yg bertanggungjawab utk pembesaran pucuk dan akar. blh jadi booster utk pertumbuhan anak pokok
salam cik zulkifly
baja ni merawat penyakit kuning, yg dsebabkan oleh kealklian/pH tinggi di kwsn tanah rendah. Alhamdulillah pokok pulih.
Kami menggunakan zeolite yang asli, bukan zeolite volkanik. masalahnya dengan zeolite volkanik ialah zeolite ini terbakar, bila terbakar maka ia menghasikan unsur sulfur/ belerang. sulfur inilah akhirnya merosakkan kembali tanaman.
Assalamuailaikom,
Cik Melur,mungkin cik lebih arif dalam baja foliar untuk tanaman kelapa sawit,apakah jenis yang terbaik,yang dah dikenal pasti
menggeluarkan hasil yang tinggi dan cara
penggunaanya,dan dimana saya boleh dapati?
Keluasan tanaman 6 ekar, masa tanam benih berumur 9 bulan, dan 2 bulan baru tanam,saya menunggu jawapan daripada cik.
Terima Kasih.
Thanks atas jwpan ttg benih tu.
Mlm tadi saya dah buat percubaan utk mhasilkan baja organik dgn m’gunakan bahan2 di bwh termasuk sedikit penambahan dan ubahsuai, try n error jer..
BAHAN-BAHAN:
1. buah-buahan/sayur-sayuran yang tidak digunakan lagi
2. bahagian ikan yang tidak diperlukan lagi
3. gula merah
4. genggam garam
5. 1 sudu kecil guano @ tahi kelawar
yang ni saya ganti dgn tahi kambing.
6. kulit telur yg ditumbuk halus
7. serbuk kayu gergaji.
Saya bercdg nak masukkan sedikit daun buluh kering dan segar.
Sila Cik Melor komen dan beri tunjuk ajar.
Tq
-z-
Assalamuailaikom,
Thank,jawapan daripada pihak Cik terlalu
cepat dan berkesan.
Semuga berjaya dalam perniagaan.
Saya akan berhubung dengan pihak Cik.
terima kasih cik zulkifly,
saya hargainya. insya allah saya akan berikan lbh info2 yang cik zulkifly perlukan.
zahrul,
tahniah, satu bokashi sudah terhasil dari blog ini.
yang saya nampak:
1. sayur/buah-sumber gula & karbon
2. ikan-sumber asid amino
3. gula merah-tenaga/karbon
4. tahi kambing-fosfat n mineral
5. kulit telur-calsium
6. serbuk kayu-serat/ penggembur tanah
saya juga baru buat bokashi dgn buah dokong. hampir penuh satu tong sampah hitam. dan saya bubuh daun buluh. walaupun tak sekuat efek ektrak neem, tak apalah. bakteria pokok buluh tu kuat, sbb tu diguna buat IMO.
teruskan usaha zahrul!!
Salam, saya nak tanya skit macam mana resepi nak buat baja foliar berasaskan cacing sahaja? minta cik tolong beri tunjuk ajar dan info.
Saya nak tanya tentang gula merah? Mana nak dapat? Jenis apa? Sama macam yg diguna utk masak? Apa perbezaan dgn pati gula merah / molasses? Mana nak dapat molasses?
ada seorg penternak di indnesia buat cara ni:
peram 50kg cacing dalam satu tong dram selama 3 bln, campurkan herba2. saya cadangkan ekstrak neem, daun sirih, zeolite.
tp minta maaf awal2, saya pun tak sanggup nak buat. saya tak blh tidur lepas bunuh 50kg cacing dalam setong dram.tak sanggup
vermi tea ni depa pakai tahi lembu. cacing diberi makan tahi lembu, kemudian air dilalukan pada media tadi dan airnya diambil. berapa nisbah saya tidak arif. saya cadang joint cari kat internet.
debat gula merah ni tak pernah habis2. ada byk versi definisi kepada molasses.
pengilang baja bgtau molasses ni gula tebu yg pekat termendak dlm kolam di kilang tebu. warnanya kekuningan.
ada bgtau saya gula merah cair/gula apong org sarawak kata. gula merah jg tapi jenis cair.
paklias pakai gula merah serbuk yg biasa tu je. kami ada jual. 1 beg 5kilo. kat kedai2 pun ada.
ada pengusaha baja bangsa iraq di kelantan pakai gula putih je.
jadi, semuanya boleh pakai belaka.
salam.. kak melur..saya imah.. agric student from UMS..ingat tak kita jumpa kat MAHA 2008 aritue.. hmm slepas g MAHA imah n kengkawan ad planning nak ternak cacing dkt UMS mainly for vermikompos. nak tanya d mana saya boleh dapatkan butir-butir mengenai kos untuk start ternak cacing nie.. kami nak buat business proposal tap tak ada guide. anyway, gembira sangat dapat jumpa kakak kat MAHA 2. strive excell!!
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya tentang cecair yang digunakan untuk mempercepatkan pereputan habuk kayu dan tahi kambing dalam peternakan cacing. Adakah cecair itu di namakan EM. Kalau tidak, bolehkah saudari menerangkan cara membuat larutan yang saya maksudkan. Kalau tak keberatan, hantarlah maklumat ke dalam email saya. From Zai, Sarawak.
salam camara08
akak pun agak teruja jumpa awak di MAHA. kalau adik tak perkenalkan diri, mmg rugi je. akak tak ada bizplan untuk vermikompos/vermikultur, susah jg nak tolong adik. maaf lambat reply, akak terlepas pandang dik
Bro kamil
so good to see you again
kawan dari bgreen fertilizer beritahu saya trip dia ke tempat abg kamil
ya, EM. pembuatan Em sendiri dipanggil indeginous mocroorganism, IMO. cik zai blh mendapatkannya dengan membuat carian di search engine.
saya tidak keberatan menerangkannya jika cik zai boleh menghubngi saya melalui telefon kerana pada waktu sekarang masa saya amat terhad dan sedang membuat persediaan kursus.
salam kak melor. saya kurang faham tentang fungsi acid humik didalam baja. kan acid tu bolah menyebabkan pokok mati?? maaf la saya kurang pasti. harap dapat bagi penerangan. terima kasih..
kalau banyak mmg pokok bermasalah, tp asid humik ni perlu dik, itu bahan semulajadi pelembap tanah n regulate kestabilan kimia tanah. klau berlebihan mmg tak membantu, cthnya hormon auksin kalau berlebihan dia jadi racun pada pokok walaupun asalnya ia hormon tumbesaran
Syukur lah kerana banyak maklumat dari blog ini untuk selamatkan sisa buangan hasil tani untuk hasilkan baja buatan sendiri untuk menjana lebih keuntungan hasil dari jimatan kos baja yang ditanggung oleh petani.
Jabatan Pertanian patut di gemblingkan untuk ajar petani berdikari dengan buat baja sendiri.
Boleh beritahu cara menggunakan baja ini untuk ternakan ikan air tawar.
salam…
1.bole jual baja paling power cik melor pernah buat tak?kalau cik melor ajar saya buat mesti tak jadi.
2.kenapa cik melor tak buka kilang senang kami semua beli dari cik melor aje,tak payah buat sendiri nak cari bahan pun susah.kalau dah ada bahan – tak jadi baja pulak jadi lain.
3.kalau dapat baja dari cik melor mesti tahun ni,padi kami menjadi.tolong ya.
jin-0199886611
hi jin
. kenapa buat mesti tak jadi plak ni..mesti malas ni. nak beli ke, kilang dah ada jgn risau. zmn ni kilang xyah bina, cari kontraktor je, jin. cakap je awak nak berapa ratus tan. sy xmengusahakan baja, mesti malas baca blog ni ish3x. saya buat marketing, trading raw material. yg lain2 tu xyah jawablah..xmembantu pun..
Assalamualaikum…
Cik Melor…adakah daun neem boleh digunakan untuk menggantikan daun buluh dalam membuat bokashi?…so kalau guna semua bahan lain sebanyak 1kg…daun neem pun kena guna sebanyak 1kg ke?…oh ya…IMO tu apa?…terima kasih…
Terlupa nak tanya…adakah biji rambutan termasuk benih berkelembapan tinggi?…