salam sejahtera.
apakah dia antara RAHSIA MAKANAN TERNAKAN yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semulajadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.
KEBAIKAN GARAM BUKIT:
- menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh
- melancarkan darah
- menyuburkan kesihatan ternakan
- membunuh kuman dalam udara
Garam bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.
KETAHUI RAHSIA MAKANAN TERNAKAN YANG BERKUALITI TINGGI
tekanan tinggi yang terhasil dari pergerakan lapisan-lapisan bumi, haba, mendapan dan mampatan telah menyebabkan kewujudan garam bukit ini, tak kira samada di kawasan berdekatan laut/paras laut atau kawasan tanah tinggi. oleh sebab garam termampat ini mengumpulkan pelbagai unsur purbakala didalamnya, maka garam bukit menjadi garam yang tinggi kandungan mineral, sempurna dan memiliki semua zat galian yang baik untuk kehidupan.
nama saintifik garam bukit adalah halite, dan kandungannya adalah seperti garam biasa, yakni natrium klorida (NaCl). beza garam bukit dengan garam biasa ialah garam bukit mengandungi berpuluh-puluh unsur surihan/mineral lain didalamnya yang lengkap untuk keperluan tubuh dan ternakan. ia mengandungi pelbagai unsur mineral, mungkin 60-80 jenis mineral termasuk sylvite (KCl) dan gypsum(CaSO4) yang lebih umum. Dilaporkan garam bukit dari Himalaya mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya. Garam bukit terbentuk daripada pengewapan laut purba yang menjadi gunung-ganang seperti laut mediterranean dan lautan atlantik.
HIRA’
Garam bukit ini, yang juga dipanggil hira’ tuhan berikan kepada negara kita juga, ianya wujud di kawasan yang sangat tua kewujudannya iaitu di daerah lenggong, perak. Lenggong, perak disahkan oleh para saintis tempatan sebagai daerah yang terpisah dengan kawasan gunung krakatoa di sumatera yang merupakan antara kawasan terawal wujud dalam peradaban manusia. dikawasan ini juga dijumpai manusia purbakala ‘perakman’, pelbagai tumbuhan eksotik seperti rafflesia dan pokok aji serta tanah pamah yang subur.


erm, saya mahu maklumat mengenai bentuk2 baja :
1.butiran
2.campuran
3.garam
4.debu
diharap dpt membantu saya…
boleh. terima kasih kerana berminat.
saya nak tanya,
apa yg cik luluu maksudkan dgn bentuk garam? komposisi kimia garamnya, atau rupa fizikalnya seperti garam?
takpalah saya jawab sikit. saya ada rujuk soalan ni pada forumer abang mat di BJ. dia ni expert baja sintetik. jawapan dia:
baja butiran – baja macam npk yang berbutir2lah tu yang biasa orang dok beli untuk tabur atau side dressing.
baja campuran- istilah kampung baja npk jugak atau kita panggil compound fertilizer,atau baja sebatian. maksud campuran ada N,P,K,dan sebagainya.
istilah baja garam ni istilah kampung, berbiji macam garam kasar, atau pun istilah baja npk biasa di bedakan ngan baja bakar, tinja dan organic lain. atau mungkin baja dari garam kasar ( Sodium Chloride) di tabur untuk baikpulih tanah, sesuai selepas pokok habis berbuah.
baja debu, ni semua istilah kampung, baja yang senang larut, macam urea atau baja padi subsidi. istilah moden adalah soluble fertilizer.
boleh tanya dia macam2 di http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=2441&page=50.
threads group discussion: baja buat sendiri. di sini abang mat dan otai2 baja yg rata2 usahawan tani bantu mereka yg berminat nak belajar buat baja kimia sendiri. rajin2lah bertanya dengan mereka ni
salam..saya ade mmbeli produk jenis lampu garam bukit.tapi mslhnya,garam bukit itu kelihatan berair.air yg kluar kelihatan agak byk.knapa ya?adakah sy beli lmpu garam bukit yg palsu?
sekian
melor:
saya rasa bkn palsu, tapi garam tu serap air dalam udara. garam bukit dirumah saya pun mengkristal lepas tekena air dan mengering.
Salam… baja kompaun 2 ape????
tu baja kimia campuran, saya tak brapa arif
kena rujuk pakar agrokimikal
Salam Cik Meloq… (sebutan org utara
)
Sebut pasal EM ni … pakai gula merah boleh tak ganti molasess.
Kedua. Kalau baja kimia dia ada NPK dgn nombor sekian2… baja EM lagu mana?
Boleh kita campoq 2 sekali contoh. minggu ni kita semboq baja kimia, minggu depan pakai EMAS pulak.
TQ
boleh, asalkan tak pakai sekaligus, em tak blh survive dlm bahan kimia.
boleh guna gula merah, saya buat begitu
baja organik blh dptkan npk juga tp rendah, purata 2-2-2. tu kita pahamlah organiklah tu
Saya dari Kelantan.Bagaimana saya nak beli
garam bukit ni secara online.
dah lama penulis kelihatan mcm tak hadir kat sini. garam halagel atau velagel tu juga garam bukit. boleh dapat kat supermarket atasu mana2 kedai tg menjual produk mereka. velagel mahal sikit dari halagel dan saya lebih gemar gunanya kalau dapat