PEMBUATAN BAJA KOMPOS MANGKIN BAKTERIA

Bokashi atau baja kompos organik secara komersil, popular di serata dunia sebagai alternatif untuk membuat ‘sampah yang mesra alam’ di rumah-rumah dan apartmen serta djadikan baja untuk tanaman. Dalam bidang pertanian, bokashi adalah teknik penyediaan media tanaman atau baja organik untuk meningkatkan kualiti tanaman dan kesuburan tanah tetapi masih mengealkan kelestarian alam semulajadi..

Sudah beratus-ratus tahun datuk nenek kita mengamalkan pembikinan baja kompos / bokashi dalam pertanian. Hatta negara Iraq dahulu pun suda maju dalam bidang pertanan dan pembikinan komposnya. Tercatit dalam sejarah bahawa sebelum peperangan, Iraq adalah negara pertanian yang berteknologi tinggi dan terdahulu dari Eropah. Iraq sudah lama mengamalakan pertanan organik dan baja kompos ini. Peperangan di Iraq telah banyak membinasakan teknologi, bank baka dan merencat ilmu pertanian mereka.

Cuma lewat era milenium ini pelbagai teknologi pembuatan sintetik muncul dengan penggunaan bahan kimia yang lebih mudah dikendalikan dan dapat meraih hasil yang banyak pada masa yang singkat. Penggunaan bahan kimia tidak dinafikan memberikan impak dan memendekkan tempoh tuai, namun untuk jangkamasa lama akan meninggalkan pengumpulan sisa kimia dalam tanah, akibatnya kualiti tanah menurun dan menjejaskan kualiti hasil tuaian. Lama kelamaan keadaan ini memaksa penggunaan bahan kimia yang lebih pekat, kerap atau pelbagai.

blogger

Salah satu cara yang popular dan selamat untuk menjamin keseragaman dan kualiti media yang digunakan adalah menggunakan sistem fertigasi. Media tanaman fertigasi bermacam ragam dan nisbah campuran, biasanya mengikut jenis tanaman dan keperluannya. Bahan yang biasa digunakan adalah sabut kelapa @ cocoapeat, sekam bakar, pasir, habuk kayu dan arang. Campuran ini memberi keseragaman kualiti kepada tanaman berbanding menanam atas tanah. Begitulah faedahnya teknologi pada manusia. Namun begitu, Allah telah menjadikan tanah dengan multifungsi, penimbal @ buffer yang baik dan kediaman bagi organisma yang membantu aktiviti manusia. Sayang sekali jika kita tidak tahu menggunakan tanah, ia kelihatan mudah tetapi merupakan aspek yang kita terlepas pandang dalam ketamadunan hari ini.

Pengusaha pertanian zaman ini lebih bijak lagi mencari ramuan terbaik membuat media tanaman yang bermutu. Selain menggunakan baja kimia, petani juga mengasimilasikan baja kompos atau baja organik yang jauh lebih murah, selamat dan meningkatkan fungsi biologi tanah dalam operasi. Baja berasaskan kimia tertumpu kepada membekalkan nutrien keperluan tumbuhan untuk menjana hasil yang banyak. Tidak ada apa yang salah dengan kebaikan tersebut, cuma bahan kimia ini tidak banyak menyumbang kepada kemandirian atau memperkaya kualiti media tanaman.

Penggunaan kompos dan baja organik mempunyai dwifungsi yang saling berkait. Pertama menyuburkan tanah dengan meningkatkan kesihatan tanah melalui tindakan mikroorganisma atau cacing. Kedua, mikrob tadi membantu memecahkan kandungan kompleks nutrien dalam tanah kepada bentuk lebih ringkas yang mudah diserap oleh tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat. Kedua-dua perkara ini saling berkait dan simbiosis di antara keduanya meneruskan kelangsungan satu sama lain.

Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu perawatan tanah dan media tanaman. Ilmu ini adalah warisan turun temurun petani-petani seluruh dunia. Ilmu ini amat berguna untuk melestarikan perniagaan dan alam sekitar. Semoga tuan-tuan mendapat manfaat dari memahami cara-cara pembikinan bokashi ini. Sampaikanlah kebaikannya pada sekalian umat, dan kongsilah dengan saya maklumat-maklumat yang lain. Ia menambah baik blog ini dan menguntungkan semua. Terima kasih.

About these ads
Tagged

13 thoughts on “PEMBUATAN BAJA KOMPOS MANGKIN BAKTERIA

  1. salam,saya sedang berusaha menyediakan campuran tanah baja kompos.kandungan terdiri;30% baja ternakan lembu yang telah sedia campuran serbuk kayu,20% sekam padi bakar (abu sekam),15% tanah hitam (telah d hancurkan),15%serbuk jerami kering @rumput kering,15% campuran hampas tebu dan 5% serbuk kulit siput.Campuran ini telah saya gunakan untuk tanaman Terung Bulat,Kacang Panjang,Hasilnya buah terung lebih besar berkilat,Kacang panjang mencapai 36″panjang dan saiznya lebih besar daripada kacang yang terdapat d pasaran.saya ingin mendapat komen anda berhubung dengan campuran yang saya gunakan.terima kasih.

  2. MELOR says:

    cik sharif
    nutrien tahi lembu mudah diserap. sekam bakar supply tenaga pada bakteria, tnh hitam byk humus, jerami baiki struktur tnh, tebu sumber gula, kulit siput fosfat calsium. cukup semua npk dan mineral.

    mikronutrien tinggi, sbb tu blh support pokok.

  3. king says:

    salam cik melor,
    saya ingin bertanyakan satu soalan berdasarkan ramuan baja cik sharif, tebu sumber gula, so apa gunanya kepada tanah/ sayuran?

  4. MELOR says:

    sumber gula tersebut untuk bakteria berfaedah, untuk tanah ia memperbaiki tekstur tanah sbb bersifat serat.

  5. nur fatiha says:

    salam cik melor…saya ingin bertanyakan beberapa soalan iaitu apakah sumber2 yg terbaik utk mendapatkan bakteria pereputan smsa proses penghasilan baja organik dihasilkan?

  6. salama says:

    saya ada lebihan kulit bawang, buangan sayuran yang semasa kita nak masak yang kita nak buabg, kulit telur dan sebagai sebagai sisa semasa kita nak memasak, macamana nak jadikan baja kompos

  7. MELOR says:

    nur fatiha, bahan yg banyak nitrogen dan ammonia seperti tahi ayam. juga yg banyak karbon seperti sekam bakar, blh memperbanyakkan bakteria kompos

  8. mizi says:

    salam, cik melor….bagaimana caranya nak buat baja kompos di kawasan kediaman yg terhad spt kawasan rumah teres. boleh jelaskan dengan terperinci?

  9. didik suryanto says:

    salam cik melor,
    saya ingin bertanyakan satu soalan dimanakah saya boleh membeli mikrob penambat N, dan mikrop pengurai P dan K, thanks

  10. awe says:

    BAja aka racun serangga boleh dibuat menggunakan air gula perang + buah sitrus @ daun pandan (Wangi) dan dibiarkan selama 3-4 bulan (berwarna coklat. biarkan dalam bekas @botol tertutup dan gas perlu dilepaskan setiap hari.
    nisbah penbikinan:10 bhgn air + 1 bhgn gula perang + 3 bhgn sisa buah citrus@daun pandan.
    Boleh dijadikan semburan penyegar udara, ekoenzim juga boleh digunakan untuk mencuci lantai, melembutkan fabrik, baja organik, racun rumput serta boleh digunakan untuk membasuh baju.
    Apa yang perlu dilakukan adalah mencampurkan satu penutup botol ekoenzim dengan air, kemudian ia boleh digunakan dalam cucian

  11. zul says:

    Macam maner caranya nak buat baja kompos menggunakan tahi arnab?

  12. abdullah abdul rahman says:

    salam cik melor,sy bru mencebur diri dlm penternakan.sblm ni sy ternak secara lepas dlm ladang sawit felcra, tp kini dlm proses nk kurung sepenuhnya. sy ingin tau bagaimana kah langkah awal penyediaan kandang.

  13. zul says:

    macam maner nak buat baja kompos dari tahi arnab? tolong bagi panduan dan tunjuk ajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: